Site Login

Username              

Staff Access

MA Webmail for Staff
MESS for Staff

Feedback?
Al-Madani


1.  Apa itu Al-Madani?

Al-Madani adalah satu kempen mencari dana bagi membiayai kerja-kerja baik pulih bangunan, peningkatan bilik darjah dan melunaskan baki kos pembinaan Kolej Islam Muhammadiyah - KIM. Dengan pendidikan ilmu yang disampaikan melalui pengajian di KIM, kami berhasrat ia dapat membentuk sebuah masyarakat Madani yang beradab, cemerlang dan beriman. 
 

Al-Madani berasal dari kata Maddana juga berasal dari kata dana, Dari kata ini, maka lahirlah istilah madinah dan madani, Maddana yang bermakna membangun dan bertamaddun. Dari pengertian ini juga seseorang manusia itu perlu melihat bahawa ianya berhubung kait dengan konsep khilafah dimana manusia telah diamanahkan oleh Allah swt sebagai khalifahNya di muka bumi ini dengan tujuan untuk memakmurkan bumi dan membangun tamadun yang sesuai dengan keinginan Allah swt.(Surah Al-Qasas:5, Surah An-Nuur:55).  

2. Mengapakah Muhammadiyah mengadakan kempen Al-Madani?

Persatuan Muhammadiyah memerlukan lebih $5 juta setahun untuk menjalankan segala aktiviti-aktivitinya. Dengan adanya kempen ini, Muhammadiyah berharap dapat mengumpulkan $300 ribu sepanjang enam bulan akan datang. Insya Allah, sokongan dari anda akan menjayakan projek ini justeru meringankan beban kewangan Muhammadiyah untuk tahun ini.

3. Bangunan KIM telah lama siap, mengapa Muhammadiyah masih memerlukan $1.5 juta?

Projek pembangunan KIM menelan belanja $4 juta. Dengan bantuan dan sokongan dari anggota dan masyarakat, Alhamdulillah, Muhammadiyah berjaya melunaskan $2 juta untuk harga tanah (milik kekal) yang menjadi tapak bangunan KIM sekarang. Sebanyak $2 juta lagi telah dibiaya dengan pinjaman dari bank untuk mendirikan bangunan KIM. 

Muhammadiyah masih berhutang sebanyak $1.5 juta kepada bank untuk pinjaman tersebut. Objektif Muhammadiyah adalah untuk melangsaikan hutang tersebut seberapa segera supaya tidak menjadi beban kewangan di hari muka.

4. Apakah contoh-contoh pendidikan Muhammadiyah?

Secara umumnya, semua kegiatan Muhammadiyah boleh disifatkan sebagai kegiatan dakwah. Dari segi pendidikan, Muhammadiyah mengadakan KIM, MAI, Tadika dan KABA. Dari segi kebajikan dan kemasyarakatan, Muhammadiyah menjalankan kegiatan di MHCC, RKM, bantuan untuk fakir miskin, pengurusan jenazah dan lain-lain.

5. Apakah program-program khusus Al-Madani?

Beberapa program khusus Al-Madani telah dirancang, insya Allah. Harap dapat terus ikuti pengumuman iklan Al-Madani untuk mengetahui tentang program-program khusus itu.

6. Di manakah saya boleh dapatkan maklumat tentang Al-Madani selain dari BH/BM?

Selain dari laman web Muhammadiyah ini, anda boleh dapatkannya di lelaman Facebook kami.

7. Ke manakah infaq dan wakaf masyarakat disalurkan?

Infaq akan disalurkan kepada kegiatan-kegiatan dakwah, pendidikan, kebajikan dan kemasyarakatan. Wakaf akan disalurkan ke KIM bergantung kepada jumlah yang kita terima dari penderma.

8. Boleh ke tidak, saya membuat infaq atau wakaf dengan jumlah yang lain?

Boleh. Pakej infaq dan wakaf Al-Madani menawarkan cenderahati berupa senaskah Quran Al-Huda untuk Infaq atau Wakaf $200, untuk $500 pula CD 30 juzuk bacaan ayat suci Al-Qur’an oleh Sheikh Mishari Alafasy dan  $1000 pula cenderahatinya ialah sebuah Tablet Android 7” dengan Apps Islam.

9. Bagaimana saya boleh membuat infaq atau wakaf?

Ada 5 cara yang boleh diikuti:

 a) Melalui cek atas nama MUHAMMADIYAH dan poskan ke Persatuan Muhammadiyah, No. 14, Jalan Selamat, Singapura 418534

 b) Cara tunai dengan dating sendiri ke Persatuan Muhammadiyah di Jalan Selamat.

 c) Melalui  Fund Transfer ke DBS Savings Acc No: 017-005202-0. Anda perlu menghubungi kami setelah membuat Fund Transfer.

 d) Derma dari Rumah dengan menelefon ke pejabat Muhammadiyah di talian 62427388, berikan keterangan nama, alamat dan nombor telefon. 

    Pegawai Muhammadiyah akan menelefon anda untuk menetapkan tarikh dan masa pengambilan.

 e) Derma online (sila ke laman utama).


10. Adakah tempat-tempat lain yang boleh saya pergi untuk membuat sumbangan?

Anda boleh pergi ke institusi-institusi Muhammadiyah di KIM, MHCC, RKM, MAI (sila rujuk laman utama untuk dapatkan arah perjalanan). Insya’Allah, sekiranya ada tempat-tempat lain di masa hadapan, Muhammadiyah akan maklumkan di ruangan iklan Al-Madani dan di laman web Muhammadiyah.


 

Dengan ilmu disampaikan melalui pendidikan di KIM dengan pendidikan ia membentuk masyarakat Madani yang beradab, cemerlang dan beriman. 

Al-Madani berasal dari kata Maddana juga berasal dari kata dana, dari kata ini lahirlah istilah madinah dan madani, maddana yang bermakna membangun dan bertamaddun. Dari pengertian ini juga seseorang manusia itu perlu melihat ianya berhubung kait dengan konsep khilafah dimana manusia telah diamanahkan oleh Allah sebagai khalifahNya di muka bumi ini dengan tujuan untuk memakmurkan bumi dan membangun tamadun yang sesuai dengan keinginan Allah swt. (Surah Al-Qasas:5, Surah An-Nuur:55).  

 

Muhammadiyah Association


14 Jalan Selamat Singapore 418534
Tel: 6242 7388      Fax: 6449 2781
Email: secretariat@muhammadiyah.org.sg
Registered Under Societies Act No. 2273
Charities Act No. 0659
Unique Entity No. S58SS0020C

Locate Us!

Best viewed in Mozilla Firefox, IE8++ on 1280 x 1024
Copyright © 2012 Muhammadiyah Association


Follow Us!


Like us on Facebook!


Subscribe to our Newsletter!


Coming Soon!!