Dec 01 2011

Majlis Konvokesyen KIMS Yang Ke-3

Pihak Kolej Islam Muhammadiyah akan mengadakan Majlis Konvokesyennya buat kali ke -3 di mana seramai 36 mahasiswa dari pelbagai jurusan dan tingkatan akan diberikan ijazah masing-masing. Sebagai makluman, Konvokesyen yang pertama telah diadakan pada 31hb Mei 2003 di IAIN Imam Bonjol, Padang, Sumatra Barat. Yang Kedua adalah pada 26hb Oktober 2008 di Auditorium Perpustakaan Tampines. Manakala konvokesyen yang ke-3 akan diadakan di:

Hari                 : Sabtu, 7 Januari 2012
Waktu             : 8.30 pagi – 1.30 tengahari
Tempat           : Auditorium Masjid Sultan

Tetamu terhormat majlis konvokesyen kali ini ialah Assoc Prof. Dr. Yaacob Ibrahim (Minister of Information, Communication and the Arts & Minister-in-charge of Muslim Affairs).

Kami dari Pihak Kolej Islam Muhammadiyah (Singapura) mengucapkan Syabas dan Tahniah di atas kejayaan para mahasiswa yang bakal menjadi graduan dalam Jurusan dan tingkatan yang diambil.

Sehingga bertemu anda di Masjid Sultan nanti !

Older posts «