fbpx

SINGAPURA: Jumlah rekod seramai 188 penerima ijazah Sarjana, Sarjana Muda, diploma dan sijil pengajian diraikan dalam satu Majlis Konvokesyen Kolej Islam Muhammadiyah (KIM), yang diadakan hari ini (18 Jul).

Diadakan dua tahun sekali, acara tahun ini diadakan secara online dek pandemik COVID-19.

Daripada 188 lulusan tahun ini, lapan daripada mereka lulus dalam dua jurusan. Berikut senarai lulusan MIC tahun ini:

  • Sarjana: 6
  • Sarjana Muda: 7
  • Diploma: 69
  • Pra-Diploma: 16
  • Sijil Pengajian: 98

Majlis konvokesyen tahun ini turut menyaksikan enam lulusan Sarjana daripada kohort pertama program tersebut yang dilancarkan pada 2015.

Program Sarjana tersebut adalah hasil kolaborasi antara Kolej Islam Muhammadiyah dengan Fakulti Tamaddun Islam Universiti Teknologi Malaysia.

Berikut senarai siswa MIC yang lulus dengan Sarjana dalam jurusan Falsafah:

1. K.H Majeed
2. Muhammad Islaahuddin Bin Jumat
3. Muhd Ameen Packir Mohideen
4. Safaruan Bin Kasman
5. Shaik Huzaifah Bin Shaik Hussain
6. Shukhrat Sharifzoda

KEBERANIAN, KEIHSANAN, INTEGRITI PENTING DALAM DIRI SEORANG PEMIMPIN

Seseorang pemimpin masyarakat antaranya perlu memiliki keberanian, keihsanan dan integriti untuk memimpin masyarakat.

Ketiga-tiga ciri penting itu ditekankan oleh tetamu terhormat majlis konvokesyen tersebut, Mufti Negara, Dr Naziruddin Nasir dalam ucapannya kepada para lulusan MIC hari ini.

“Seorang pemimpin perlu mendekati masyarakat. Kita harus dapat merasakan penderitaan, kebimbangan, ketakutan dan kegelisahan mereka, kerana kita semua telah melihat bahawa pemimpin agama yang semakin meningkat memainkan peranan yang sangat penting,” ujar Dr Naziruddin.

Dr Naziruddin juga menukil contoh bagaimana para pemimpin agama boleh membimbing masyarakat untuk sama-sama memikul tanggungjawab sosial dan menjaga keselamatan umum.

Beliau malah bersyukur kerana tiada kelompok jangkitan COVID-19 di masjid-masjid merata negara mahupun penularan yang berlaku semasa umat Islam kunjung-mengunjung sempena sambutan Hari Raya.

Di samping itu, Dr Naziruddin menekankan betapa pusat-pusat dan para penyedia pendidikan Islam di Singapura turut memainkan peranan penting dalam memberikan pendidikan yang menyeluruh dan bersandarkan konteks masyarakat yang berbilang kaum dan agama di Singapura.

“Ini lebih penting lagi dengan masyarakat hari ini mudah terdedah kepada pengaruh dalam talian yang tidak sihat,” tegas Dr Naziruddin.

Lantaran itu, Dr Naziruddin mengalu-alukan usaha para penyedia dan pusat-pusat pendidikan Islam terus memperkukuh dan mengemas kini kurikulum masing-masing untuk menangani kemunculan cabaran-cabaran baru.

Beliau juga menyeru para graduan supaya terus mempertingkatkan diri dan menajamkan kemahiran agar mereka terlatih dan yakin untuk membimbing dan menjaga kemaslahatan masyarakat “daripada salah maklumat dan kesesatan yang menyimpang daripada ajaran sebenar Islam”.

PROGRAM SARJANA MUDA BARU DILANCARKAN

Semasa majlis konvokesyen tersebut, Pengarah Kolej Islam Muhammadiyah, Encik Sazali Abdul Wahid, turut melancarkan satu program ijazah hasil kerjasama terkini dengan Universitas Muhammadiyah Malang (UMM).

Memorandum Persefahaman (MOU) bagi program tersebut – ijazah dalam pengajian Islam – dimeterai kedua-dua pihak pada 28 Jun lalu.

Program ijazah secara sambilan itu adalah bagi jurusan Hukum Keluarga Islamiah yang akan dijalankan sepanjang empat tahun.

Dijangka bermula pada Ogos nanti, proses pendaftaran bagi program tersebut sedang dijalankan.

Secara keseluruhannya, program tersebut akan menerima masuk sekitar tujuh hingga 15 penuntut dan akan dijalankan secara online disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Program ijazah itu adalah tambahan kepada dua lagi program ijazah yang ditawarkan oleh Kolej Islam Muhammadiyah.

Benefiting the community together

since 1957

Follow Our Socials

You can find us on these platforms too!

DAKWAH

  • Asatizah Development
  • Free religious classes and programmes
  • Promoting positive moral values
  • Inter-faith dialogues
  • Combating extremism
  • Addressing societal issues

EDUCATION

  • Muhammadiyah Kindergarten
  • KABA Weekend Madrasah
  • Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah
  • Muhammadiyah Islamic College
  • Biasiswa Muhammadiyah (Scholarship)

WELFARE

  • Assistance to low-income families
  • Assistance to underprivilleged students
  • Jenazah Management Services
  • Projek Sinar Ihsan – Fostering Agency
  • Muhammadiyah Welfare Home (MWH)
  • Muhammadiyah Health & Day Care Centre (MHCC)
  • Muhammadiyah Senior Activity Centre – SAC (Yishun)
  • Advance Care Planning (ACP)