SINGAPURA: Sebanyak 700 keluarga menerima hamper makanan dan baucar makanan daripada Persatuan Muhammadiyah (MA) hari ini (2 April).

Mereka merupakan para penerima zakat badan itu yang kebanyakannya terjejas oleh pandemik atau terhimpit kedudukan kewangan mereka.

Bagi menjayakan acara pengagihan menjelang bulan Ramadan, lebih 100 kakitangan dan anggota Muhammadiyah serta sukarelawannya terlibat dalam pembungkusan dan penghantaran hamper-hamper itu.

Setiap hamper makanan mengandungi barangan makanan yang sihat selain beras, minyak masak dan kurma Ajwa yang ditaja oleh kempen ‘Dadah Itu Haram’ (DIH).

Persatuan Muhammadiyah sekali lagi bekerjasama dengan Biro Narkotik Pusat (CNB) bagi menyokong kempen DIH.

Bagi menyebar luas mesej anti-dadah itu, para penerima bantuan juga menerima risalah-risalah yang padat dengan maklumat dan bahaya dadah.

“Saya amat berbesar hati dengan sokongan kuat Persatuan Muhammadiyah dan para penaja mereka. Dengan rakan kerja seperti Muhammadiyah, kami boleh berusaha mencapai masyarakat bebas dadah dan saya mengalu-alukan lebih banyak rakan kerja untuk menyertai usaha kami dalam membasmi salah guna dadah,” kata Menteri Negara Ehwal dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara, Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Acara hari ini turut disokong syarikat tempatan Bitsmedia Pte Ltd yang mengeluarkan aplikasi gaya hidup Muslim popular iaitu Muslim Pro.

“Sebagai pengeluar aplikasi gaya hidup Muslim global yang bertapak di sini di Singapura, kami percaya dalam menyumbang semula kepada masyarakat Muslim kita sendiri di sini. Kami mahu memainkan peranan yang ketara dalam meningkatkan kehidupan masyarakat ini,” jelas CEO bersama Bitsmedia Pte Ltd, Nik Emir Din.

Selain sumbangan sebanyak $20,000 daripada Bitsmedia Pte Ltd, kumpulan penggemar motosikal tempatan, Singapore Bikerz inClub juga menyumbang $10,000 menerusi satu usaha pengumpulan derma.

Melihat sokongan padu yang diterima Persatuan Muhammadiyah, badan itu turut berbesar hati.

“Ia amat menggalakkan untuk melihat lebih banyak syarikat dan pertubuhan tampil ke hadapan untuk membantu dan menyokong usaha kami,” kata Setiausaha Umum Persatuan Muhammadiyah, Roszanah Abdul Salim.

Food Bank Singapore juga menyumbang paket-paket beras dan kelengkapan dandanan diri bagi projek tersebut.

Sumber : https://berita.mediacorp.sg/singapura/muhammadiyah-hulur-bantuan-kepada-700-keluarga-penerima-zakat-649911

Benefiting the community together

since 1957

atau

Follow Our Socials

You can find us on these platforms too!

DAKWAH

  • Asatizah Development
  • Free religious classes and programmes
  • Promoting positive moral values
  • Inter-faith dialogues
  • Combating extremism
  • Addressing societal issues

EDUCATION

  • Muhammadiyah Kindergarten
  • KABA Weekend Madrasah
  • Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah
  • Muhammadiyah Islamic College
  • Biasiswa Muhammadiyah (Scholarship)

WELFARE

  • Assistance to low-income families
  • Assistance to underprivilleged students
  • Jenazah Management Services
  • Projek Sinar Ihsan – Fostering Agency
  • Muhammadiyah Welfare Home (MWH)
  • Muhammadiyah Health & Day Care Centre (MHCC)
  • Muhammadiyah Senior Activity Centre – SAC (Yishun)
  • Advance Care Planning (ACP)