PERSATUAN Muhammadiyah bekerjasama dengan rakan kongsi, Muslim Pro, untuk mendapat jangkauan lebih luas menjelang Ramadan ini.

Muslim Pro, sebuah aplikasi global yang dibangun dan dihasilkan oleh Bitsmedia, sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura menawarkan ciri-ciri keagamaan Islam, gaya hidup dan komuniti yang komprehensif buat umat Islam, untuk terus memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi individu yang lebih baik.

Sebagai sebahagian daripada kempen Ramadan Reconnect anjuran Muslim Pro sepanjang Ramadan ini, Muslim Pro bergabung dengan Muhammadiyah untuk menyokong inisiatif-inisiatif Muhammadiyah dalam membantu keluarga-keluarga berpendapatan rendah yang terjejas akibat pandemik Covid-19, dan yang sedang menghadapi masalah kewangan dalam membuat persiapan berbuka puasa semasa Ramadan ini.

Kempen #RamadanReconnect, yang berlangsung selama 30 hari sepanjang Ramadan, bertujuan untuk memperkenalkan kepelbagaian amalan dan budaya masyarakat Islam sedunia. Kempen ini akan memaparkan aneka kandungan gaya hidup berkenaan bulan puasa selama 30 hari menerusi siri video, artikel dan kit permulaan Ramadan di dalam aplikasi Muslim Pro.

Kempen ini juga memaparkan 12 pengaruh media sosial Muslim, pencipta kandungan dan pemimpin utama di seluruh dunia bagi memaparkan kepelbagaian komuniti Islam yang global.

Menerusi kerjasama Muslim Pro bersama Muhammadiyah ini, Muslim Pro telah memberi pelbagai sumbangan iaitu dengan menderma baucar berupa wang tunai bernilai $20,000, turut serta dalam agihan habuan makanan dan baucar wang tunai kepada 700 keluarga pada 2 April lalu.

Baru-baru ini, pada 6 April lalu, Muslim Pro juga telah mengagihkan sebanyak 210 set bungkusan nasi ambeng kepada 50 keluarga untuk berbuka puasa.

 

Mengulas tentang kerjasama Muslim Pro bersama Muhammadiyah, Ketua Pegawai Eksekutif bersama Muslim Pro, Cik Fara Abdullah, berkata:

“Dalam menyambut Ramadan ini, Muslim Pro percaya dalam menyalurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik, terutama komuniti Islam kita sendiri di Singapura, termasuk mereka yang baru-baru ini terjejas akibat pandemik dan sedang menghadapi masalah kewangan.

“Maka dengan itu, kami gembira dapat memberi sokongan sepenuhnya kepada Muhammadiyah, terutamanya di bulan yang penuh barakah ini.”

Kata Ketua Pegawai Eksekutif bersama Muslim Pro, Encik Nik Emir Din, pula, “Selain kempen #RamadanReconnect yang berterusan, jangkauan Ramadan Muhammadiyah merupakan satu lagi peluang bagi kami berhubungan semula dengan komuniti Islam di Singapura sambil kami bersedekah dalam bulan penuh barakah ini. Saya juga berharap, apa yang kami lakukan ini akan menggalakkan perniagaan dan individu lain untuk menyumbang kepada golongan yang kurang bernasib baik juga.”

Terharu dengan usaha Muslim Pro yang memberi sokongan kepada inisiatif-inisiatif Ramadan Muhammadiyah, Setiausaha Umum Persatuan Muhammadiyah, Cik Roszanah Abdul Salim, berkata:

“Dengan adanya syarikat seperti Bitsmedia, yang mempunyai kehadiran di peringkat antarabangsa, sangat menggalakkan dan adalah satu pencapaian besar buat kami.

“Pihak kami juga akan mengadakan agihan zakat pada 23 April ini dan dalam acara berlainan, akan mengagihkan hamper kepada keluarga-keluarga berpendapatan rendah di kawasan Bukit Batok. Kami merancang untuk memberi kuih Raya kepada keluarga-keluarga tersebut dan berharap agar masyarakat kita juga boleh menyumbangkan beberapa botol kuih Raya untuk menyokong inisiatif murni ini,” kata Cik Roszanah.

Muhammadiyah juga mengharapkan sumbangan masyarakat dalam bentuk zakat harta, fidyah dan infak, untuk menganjurkan usaha-usaha dakwah seperti pembangunan asatizah, kelas-kelas agama percuma dan ceramah serta penjagaan kebajikan di sini.

Sumber: https://www.beritaharian.sg/uncategorized/persatuan-muhammadiyah-muhammadiyah-muslim-pro-ganding-bahu-bantu-keluarga-susah

Benefiting the community together

since 1957

atau

Follow Our Socials

You can find us on these platforms too!

DAKWAH

  • Asatizah Development
  • Free religious classes and programmes
  • Promoting positive moral values
  • Inter-faith dialogues
  • Combating extremism
  • Addressing societal issues

EDUCATION

  • Muhammadiyah Kindergarten
  • KABA Weekend Madrasah
  • Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah
  • Muhammadiyah Islamic College
  • Biasiswa Muhammadiyah (Scholarship)

WELFARE

  • Assistance to low-income families
  • Assistance to underprivilleged students
  • Jenazah Management Services
  • Projek Sinar Ihsan – Fostering Agency
  • Muhammadiyah Welfare Home (MWH)
  • Muhammadiyah Health & Day Care Centre (MHCC)
  • Muhammadiyah Senior Activity Centre – SAC (Yishun)
  • Advance Care Planning (ACP)