KAMI kesal dengan pengumuman pemerintah untuk memansuhkan Seksyen 377A dan amat prihatin dengan kesan jangka panjang yang mungkin berlaku pada masyarakat kita.
Muhammadiyah terus berpegang teguh pada prinsip mengekalkan nilai agama dan moral untuk menjaga kesucian perkahwinan dan kesatuan keluarga.

Sebagai sebuah pertubuhan yang berlandaskan tradisi dan ajaran Islam, adalah menjadi misi kami untuk membentuk zuriat  soleh dan solehah, menerapkan nilai moral yang kukuh dalam diri mereka, dan menyemai  dengan etika Islam yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhan, meninggalkan kesan positif kepada manusia.

Sebagai Muslim, nilai moral kami dibentuk dan dipandu oleh Al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad saw. Perbuatan seksual dan perkahwinan antara mereka  yang sama jantina adalah dilarang dalam Islam.

Selaras dengan Artikel  15 Perlembagaan Singapura yang menjamin kebebasan beragama, kami berpegang kepada al-Quran dan kitab suci agama dalam menentukan prinsip kekeluargaan dan perkahwinan dalam masyarakat kami. Kami akan terus mendukung  kedudukan ini dalam masyarakat  kami.

Kami benar-benar menghargai jaminan pemerintah bahawa takrif perkahwinan sekarang – hubungan sah antara lelaki dengan wanita, bukan antara lelaki dengan lelaki dan bukan antara wanita dengan wanita – akan tetap dikekalkan dan dilindungi.

Kami akan meneruskan usaha pendekatan kami dengan pihak berkepentingan, termasuk agensi pemerintah dan pertubuhan lain, untuk mengekalkan nilai-nilai ini dan bekerjasama untuk mengukuhkan lagi institusi keluarga di Singapura.

Allah swt telah berfirman di dalam al-Quran: “Kamu adalah umat  terbaik yang dilahirkan buat manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah” (Surah ‘Ali Imran,  3:110).

Dalam ayat lain, Allah swt berfirman:  “Semoga ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menganjurkan yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah yang berjaya.” (Surah ‘Ali Imran, 3:104).

Adalah menjadi kewajipan moral dan kewajipan seorang Muslim untuk mengajak semua – termasuk mereka yang mengamalkan gaya hidup LGBTQ – kepada perbuatan kebaikan dengan penuh hikmah dan ihsan. Pada masa sama, kami  mesti terus menjunjung dan menghayati nilai-nilai kami  sebagai umat Islam, menjauhi sebarang kemungkaran, dan melengkapkan anak dan remaja kita dengan ajaran Islam yang sebenar.

Muhammadiyah tetap menumpukan usaha kami  dalam memaksimumkan potensi masyarakat Islam kita melalui inisiatif pendidikan, menyeru ke arah kesedaran Tuhan dan menyediakan platform untuk memberi manfaat kepada orang lain, terutamanya mereka yang lemah dan mereka yang bergelut dalam kehidupan mereka. Ini selaras dengan visi kami iaitu masyarakat berilmu, bertakwa, dan bermanfaat kepada semua.

Semoga Allah swt terus memberi petunjuk kepada kita semua.

Sumber: https://www.beritaharian.sg/setempat/respons-persatuan-muhammadiyah-terhadap-rapat-hari-kebangsaan-2022-mengenai-pemansuhan

Benefiting the community together

since 1957

atau

Follow Our Socials

You can find us on these platforms too!

DAKWAH

  • Asatizah Development
  • Free religious classes and programmes
  • Promoting positive moral values
  • Inter-faith dialogues
  • Combating extremism
  • Addressing societal issues

EDUCATION

  • Muhammadiyah Kindergarten
  • KABA Weekend Madrasah
  • Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah
  • Muhammadiyah Islamic College
  • Biasiswa Muhammadiyah (Scholarship)

WELFARE

  • Assistance to low-income families
  • Assistance to underprivilleged students
  • Jenazah Management Services
  • Projek Sinar Ihsan – Fostering Agency
  • Muhammadiyah Welfare Home (MWH)
  • Muhammadiyah Health & Day Care Centre (MHCC)
  • Muhammadiyah Senior Activity Centre – SAC (Yishun)
  • Advance Care Planning (ACP)