fbpx

EID MUBARAK 1441H/2020M

Minal Aidin Wal Faizin Wal Maqbulin

 

 

Kutipan Tabung JumaatZakat Harta (Nisab: $6,788)

Selamat Hari Raya Aidilfitri

 

 

Zakat Anda Membina Masyarakat Yang Berilmu, Bertaqwa dan Bermanfaat

 

Dengan sokongan masyarakat semenjak ditubuhkan pada tahun 1957,  program-program dan institusi-institusi di bawah naungan Persatuan Muhammadiyah dapat memberi manfaat dan impak kepada mereka yang memerlukan.

individu setahun

  • Kelas Pengajian
  • Kursus Agama
  • Pembangunan Asatizah
  • Tadika Muhammadiyah
  • Kolej Islam Muhammadiyah
  • Madrasah Mingguan dan Sepenuh Masa
  • Biasiswa Muhammadiyah
  • Bantuan Keluarga Fakir & Miskin
  • Bantuan Pelajar Kurang Berkemampuan
  • Rumah Kebajikan Muhammadiyah (MWH)
  • Pusat Kesihatan dan Jagaan Siang untuk Warga Tua (MHCC)
  • dan lain-lain lagi

Kegiatan-kegiatan Sepanjang Ramadan

Dalam menyemarakkan Ramadan kali ini, Persatuan Muhammadiyah akan mengadakan beberapa aktiviti di laman-laman sosial kami.

Ramadan pada tahun ini sangat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Namun, kita boleh manfaatkan sepenuhnya waktu di rumah bersama keluarga untuk kukuhkan lagi hubungan antara satu dengan lain.

Semuanya bermula dari rumah, keluarga yang kukuh akan membentuk masyarakat yang kukuh.

Kutipan Zakat

Sejak ditubuhkan pada 1957, kami komited dalam pengendalian zakat anda.  Muhammadiyah akan menjaga kesucian dan kesuburan zakat yang anda hulurkan, untuk kemajuan masyarakat Islam di Singapura.

Tazkirah Ramadan

Nantikan Tazkirah Ramadan siaran premiere yang bakal disampaikan oleh barisan asatizah setiap hari jam 9 malam di Facebook muhammadiyahSG. Anda juga boleh melihat senarai video yang telah disiarkan di sini.

b

Tahsin Qur'an @ Zoom

Setiap malam selepas Solat Terawih kami akan mengadakan sesi Tahsin secara langsung melalui Zoom. Khusus untuk umur 30 tahun ke bawah, sesi Tahsin ini akan fokus kepada surah-surah lazim Juz ‘Amma. Ikuti link di sini jika berminat.

Kuiz Hujung Minggu

Satu aktiviti bersama keluarga anda untuk tingkatkan ilmu.

Nantikan link yang bakal dikongsikan setiap hujung minggu di Facebook kami. (5pm)

Renungan Ramadan 'LIVE'

Diam tak diam kita telah memasuki bulan Ramadan. Jom bersama Muhammadiyah setiap Sabtu dan Ahad sepanjang Ramadan dari jam 7 hingga 8mlm di Facebook. Ikuti rancangan Tafsir Al-Quran, tazkirah serta panduan menghidupkan Ramadan edisi Circuit Breaker! 

Pengagihan Habuan

Muhammadiyah dengan kerjasama Muhammadiyah Zon Tengah akan membuat pengagihan habuan kepada 550 rumah pada 15 dan 16 Mei 2020. Alhamdulillah pada masa ini kami telah dapat mengumpulkan semua barang dapur, makanan dan sukarelawan yang diperlukan. Terima kasih atas sokongan dan sumbangan anda. 

Berzakatlah, Demi Membantu Masyarakt

 

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal soleh, mendirikan solat
dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya.

Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”

Al-Baqarah ayat 277

Jadual Sepanjang Ramadan

No event found!

Berikan Sokongan Anda

Kempen Give Me 5!

$5 sahaja untuk menyokong usaha-usaha Muhammadiyah untuk masyarakat.

Sumbangkan $5 di sini: give.asia/giveme5forcharity

1 for Charity Pizza

Suatu ikhtiar dana oleh Canadian Pizza untuk Muhammadiyah.

3 pizza, 1 untuk amal.
Dapatkan e-kupon anda sekarang dengan harga $ 35 setiap satu dan anda dapat menebus 2 pizza regular dari pilihan 7 perisa. Boleh dihantar ke rumah anda (sudah termasuk kos penghantaran).

Bagi setiap penebusan, bersamaan dengan wang tunai 1 Pizza Super Value Biasa akan didermakan kepada Muhammadiyah.

Dapatkan e-kupon anda di sini: https://www.canadian-pizza.com/mascc

Jualan Amal Baju Melayu Lelaki

Dengan kerjasama kedai online Jannatul Shop, dapatkan baju melayu lelaki dari harga $15. Hasil dari penjualan akan disalurkan ke Muhammadiyah. Saksikan jualan secara ‘Live’ di Facebook di waktu-waktu tertentu dalam jadual. Sila ke laman Facebook ini untuk sebarang keterangan lanjut.

Berzakatlah, manfaatkan harta anda untuk Dakwah, Pendidikan dan Kebajikan Masyarakat

DAKWAH

Pembangunan Asatizah
Kelas Pengajian
Kursus Agama
Ceramah Bulanan

 

PENDIDIKAN

Tadika Muhammadiyah
Madrasah Mingguan KABA
Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah
Kolej Islam Muhammadiyah
Biasiswa Muhammadiyah

 

KEBAJIKAN

Bantuan Keluarga Fakir & Miskin
Bantuan Pelajar Kurang Berkemampuan
Projek Sinar Ihsan – Agensi Titipan
Rumah Kebajikan Muhammadiyah (MWH)
Pusat Kesihatan dan Jagaan Siang untuk Warga Tua (MHCC)
Pusat Kegiatan untuk Warga Tua (SAC)