PENGENDALI aplikasi terkemuka Muslim Pro, Bitsmedia, telah menderma $20,000 kepada Persatuan Muhammadiyah semalam dalam satu kerjasama terkini bagi membantu keluarga memerlukan serta menyebarkan mesej cegah penyalahgunaan dadah.

Menurut setiausaha am Persatuan Muhammadiyah, Cik Roszanah Abdul Salim, kerjasama seperti ini adalah satu tanda baik dalam mendapatkan syarikat terkemuka membantu dalam usaha masyarakat sebegitu. 

“Kerjasama ini dalam menyokong kempen Dadah Itu Haram (DIH), sangat berharga untuk kami,” tambah beliau.

Sumbangan Bitsmedia itu digunakan bagi menawarkan baucar barang keperluan kepada 700 keluarga memerlukan yang boleh ditebus di pasar raya tempatan tertentu.

Penerima, selain mendapat habuan bekalan makanan dan barang keperluan rumah, turut diberi sebungkus kurma ajwa seberat 500 gram diderma oleh pihak DIH.

Lebih 100 relawan hadir semasa acara pengagihan habuan tersebut dan sekitar 20 relawan adalah daripada syarikat teknologi itu bersama rakan industri mereka lain.

“Bagi kami, sumbangan kami ini adalah satu penghargaan kepada masyarakat di sini kerana Muslim Pro, walaupun terkenal di serata dunia, dibangun dan disokongi penduduk di sini,” kata Cik Fara Abdullah, ketua pegawai eksekutif bersama syarikat Bitsmedia, yang mana pihaknya juga akan membantu mengagihkan 210 set makanan bento kepada keluarga memerlukan pada 6 April nanti.

 

Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim yang hadir dalam acara pengagihan habuan itu pula berkata:

“Dengan kerjasama dan rangkaian bantuan sebegini, kami harap dapat membantu lebih ramai keluarga yang memerlukan dan pada masa yang sama, mereka akan dapat memimpin dan menyebarkan tentang bahaya dadah supaya mereka tidak terperangkap dalam masalah ketagihan,” kata Dr Faishal.

Sumber: https://www.beritaharian.sg/setempat/muhammadiyah-terima-sumbangan-bitsmedia-bagi-kempen-perangi-dadah

Benefiting the community together

since 1957

atau

Follow Our Socials

You can find us on these platforms too!

DAKWAH

  • Asatizah Development
  • Free religious classes and programmes
  • Promoting positive moral values
  • Inter-faith dialogues
  • Combating extremism
  • Addressing societal issues

EDUCATION

  • Muhammadiyah Kindergarten
  • KABA Weekend Madrasah
  • Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah
  • Muhammadiyah Islamic College
  • Biasiswa Muhammadiyah (Scholarship)

WELFARE

  • Assistance to low-income families
  • Assistance to underprivilleged students
  • Jenazah Management Services
  • Projek Sinar Ihsan – Fostering Agency
  • Muhammadiyah Welfare Home (MWH)
  • Muhammadiyah Health & Day Care Centre (MHCC)
  • Muhammadiyah Senior Activity Centre – SAC (Yishun)
  • Advance Care Planning (ACP)