RUMAH Kebajikan Muhammadiyah (RKM) bukan sahaja mempertingkatkan kemudahannya di premis baru tetapi turut meningkatkan model penjagaan kanak-kanak mereka sambil terus memperkasakan mereka bagi menghadapi cabaran masa depan, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Encik Masagos yang juga Menteri bertanggungjawab Ehwal Masyarakat Islam dan Menteri Kedua Kesihatan gembira melihat model penjagaan kanak-kanak rumah kebajikan itu kini dipertingkatkan untuk memberi tumpuan kepada kes trauma.

Beliau berkongsi pemerhatiannya itu selepas menghadiri acara berbuka puasa bersama anak-anak yang menetap di RKM dan berpeluang meninjau premis barunya di Pasir Ris, pada Jumaat lepas.

Ia merupakan acara fizikal rasmi pertama di premis rumah kebajikan baru itu sejak pemindahan mereka dari Bedok North Street 3, pada Jun lalu.

Melahirkan rasa gembira melihat perkembangan di premis rumah kebajikan itu, Encik Masagos menjelaskan dalam satu catatan pos semalam:

“Bukan sahaja kemudahan-kemudahan telah dipertingkatkan, malah RKM juga telah meningkatkan model penjagaan kanak-kanak mereka untuk memberi lebih tumpuan kepada kes-kes trauma.

“RKM pun kekal menyediakan persekitaran yang selamat bagi memperkasa anak-anak untuk bangkit dan mengatasi cabaran hidup mereka.

“Saya gembira diberitahu bahawa anak-anak RKM dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan perubahan persekitaran mereka.”

Pengerusi RKM, Encik Muhammad Azri Azman berkata Ramadan tahun ini memberikan suasana dan nafas yang baru bagi RKM.

“Jun tahun lalu, RKM telah berhijrah dari premis kami di Bedok, yang kami duduki lebih dari 10 tahun, ke premis baru yang bersebelahan dengan pantai Pasir Ris. Tempat yang sangat baik. Ia dilengkapi dengan berbagai kemudahan dan teknologi yang canggih serta pemandangan yang indah,” kata Encik Azri.

Antara kemudahan baru di premis itu ialah bilik terapi permainan untuk penghuni berkeperluan khas.

Encik Masagos melahirkan harapan agar lebih ramai rakan kongsi dan sukarelawan akan tampil ke hadapan untuk membantu kanak-kanak dan keluarga mereka demi membina masyarakat yang lebih penyayang.

Dalam pada itu, Encik Masagos turut rasa bersyukur kini lebih banyak acara fizikal dapat dijalankan, seperti acara berbuka puasa itu.

“Walaupun acaranya berskala kecil dan sederhana, saya bersyukur kita kini boleh menganjurkan lebih banyak acara secara fizikal dan bersua muka, sambil mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat yang telah dilonggarkan, sedang kita bergerak secara progresif ke arah hidup dengan Covid-19.

“Terima kasih RKM kerana menganjurkan acara buka puasa yang penuh bermakna bersama anak-anak dan kakitangan Muhammadiyah,” kata Encik Masagos.

Sumber: https://www.beritaharian.sg/setempat/fokus-berita-rkm-kekal-sediakan-persekitaran-yang-selamat-berbuka-puasa-di-rumah-kebajikan

Benefiting the community together

since 1957

atau

Follow Our Socials

You can find us on these platforms too!

DAKWAH

  • Asatizah Development
  • Free religious classes and programmes
  • Promoting positive moral values
  • Inter-faith dialogues
  • Combating extremism
  • Addressing societal issues

EDUCATION

  • Muhammadiyah Kindergarten
  • KABA Weekend Madrasah
  • Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah
  • Muhammadiyah Islamic College
  • Biasiswa Muhammadiyah (Scholarship)

WELFARE

  • Assistance to low-income families
  • Assistance to underprivilleged students
  • Jenazah Management Services
  • Projek Sinar Ihsan – Fostering Agency
  • Muhammadiyah Welfare Home (MWH)
  • Muhammadiyah Health & Day Care Centre (MHCC)
  • Muhammadiyah Senior Activity Centre – SAC (Yishun)
  • Advance Care Planning (ACP)