Respons Persatuan Muhammadiyah terhadap Rapat Hari Kebangsaan 2022 mengenai pemansuhan Seksyen 377A

Respons Persatuan Muhammadiyah terhadap Rapat Hari Kebangsaan 2022 mengenai pemansuhan Seksyen 377A

KAMI kesal dengan pengumuman pemerintah untuk memansuhkan Seksyen 377A dan amat prihatin dengan kesan jangka panjang yang mungkin berlaku pada masyarakat kita.
Muhammadiyah terus berpegang teguh pada prinsip mengekalkan nilai agama dan moral untuk menjaga kesucian perkahwinan dan kesatuan keluarga.

Sebagai sebuah pertubuhan yang berlandaskan tradisi dan ajaran Islam, adalah menjadi misi kami untuk membentuk zuriat  soleh dan solehah, menerapkan nilai moral yang kukuh dalam diri mereka, dan menyemai  dengan etika Islam yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruhan, meninggalkan kesan positif kepada manusia.

Sebagai Muslim, nilai moral kami dibentuk dan dipandu oleh Al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad saw. Perbuatan seksual dan perkahwinan antara mereka  yang sama jantina adalah dilarang dalam Islam.

Selaras dengan Artikel  15 Perlembagaan Singapura yang menjamin kebebasan beragama, kami berpegang kepada al-Quran dan kitab suci agama dalam menentukan prinsip kekeluargaan dan perkahwinan dalam masyarakat kami. Kami akan terus mendukung  kedudukan ini dalam masyarakat  kami.

Kami benar-benar menghargai jaminan pemerintah bahawa takrif perkahwinan sekarang – hubungan sah antara lelaki dengan wanita, bukan antara lelaki dengan lelaki dan bukan antara wanita dengan wanita – akan tetap dikekalkan dan dilindungi.

Kami akan meneruskan usaha pendekatan kami dengan pihak berkepentingan, termasuk agensi pemerintah dan pertubuhan lain, untuk mengekalkan nilai-nilai ini dan bekerjasama untuk mengukuhkan lagi institusi keluarga di Singapura.

Allah swt telah berfirman di dalam al-Quran: “Kamu adalah umat  terbaik yang dilahirkan buat manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah” (Surah ‘Ali Imran,  3:110).

Dalam ayat lain, Allah swt berfirman:  “Semoga ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menganjurkan yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Merekalah yang berjaya.” (Surah ‘Ali Imran, 3:104).

Adalah menjadi kewajipan moral dan kewajipan seorang Muslim untuk mengajak semua – termasuk mereka yang mengamalkan gaya hidup LGBTQ – kepada perbuatan kebaikan dengan penuh hikmah dan ihsan. Pada masa sama, kami  mesti terus menjunjung dan menghayati nilai-nilai kami  sebagai umat Islam, menjauhi sebarang kemungkaran, dan melengkapkan anak dan remaja kita dengan ajaran Islam yang sebenar.

Muhammadiyah tetap menumpukan usaha kami  dalam memaksimumkan potensi masyarakat Islam kita melalui inisiatif pendidikan, menyeru ke arah kesedaran Tuhan dan menyediakan platform untuk memberi manfaat kepada orang lain, terutamanya mereka yang lemah dan mereka yang bergelut dalam kehidupan mereka. Ini selaras dengan visi kami iaitu masyarakat berilmu, bertakwa, dan bermanfaat kepada semua.

Semoga Allah swt terus memberi petunjuk kepada kita semua.

Sumber: https://www.beritaharian.sg/setempat/respons-persatuan-muhammadiyah-terhadap-rapat-hari-kebangsaan-2022-mengenai-pemansuhan

Benefiting the community together

since 1957

atau

Follow Our Socials

You can find us on these platforms too!

DAKWAH

  • Asatizah Development
  • Free religious classes and programmes
  • Promoting positive moral values
  • Inter-faith dialogues
  • Combating extremism
  • Addressing societal issues

EDUCATION

  • Muhammadiyah Kindergarten
  • KABA Weekend Madrasah
  • Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah
  • Muhammadiyah Islamic College
  • Biasiswa Muhammadiyah (Scholarship)

WELFARE

  • Assistance to low-income families
  • Assistance to underprivilleged students
  • Jenazah Management Services
  • Projek Sinar Ihsan – Fostering Agency
  • Muhammadiyah Welfare Home (MWH)
  • Muhammadiyah Health & Day Care Centre (MHCC)
  • Muhammadiyah Senior Activity Centre – SAC (Yishun)
  • Advance Care Planning (ACP)

Persatuan Muhammadiyah agih 1,500 kg daging korban dan beras buat 600 penerima bantuan

Persatuan Muhammadiyah agih 1,500 kg daging korban dan beras buat 600 penerima bantuan

PERSATUAN Muhammadiyah mengagihkan bantuan seberat 1,500 kilogram daging korban dan beras sebagai sebahagian bantuan bulanan pertamanya kepada benefisiari tahun ini pada Sabtu (30 Julai).

Setiap keluarga menerima dua hingga tiga kilogram daging korban dan beras.

Daging korban yang diberi adalah daripada bahagian yang didermakan daripada individu yang telah melaksanakan ibadah korban mereka bersama Muhammadiyah di Australia dengan kerjasama Hezom International, jelas satu kenyataan Persatuan Muhammadiyah.

“Kami amat bersyukur dan menghargai sokongan daripada masyarakat Muslim di Singapura. Kebelakangan ini, terdapat banyak organisasi, syarikat dan individu yang menawarkan perkhidmatan qurban di luar negara.

“Namun begitu, terlihat peningkatan setiap tahun dalam jumlah tempahan korban luar negara sejak kami menawarkan perkhidmatan ini pasca Covid-19,” kata Encik Shamsul Bahri Talib, Eksekutif Kanan, Jabatan Kebajikan dan Kemasyarakatan Persatuan Muhammadiyah.

Menurut kenyataan itu, seramai 600 benefisiari daripada 110 keluarga menerima hamper yang diagihkan ke rumah mereka oleh pemandu sukarelawan Muhammadiyah.

Bagi keluarga-keluarga tersebut, mereka dikenal pasti sebagai berkeperluan tinggi; sama ada daripada keluarga besar dengan PCI (pendapatan per kapita) yang lebih rendah atau ibu bapa tunggal dan mereka yang menganggur akibat masalah kesihatan.

Sebanyak 20 peratus daripada benefisiari Muhammadiyah adalah golongan keluarga berisiko tinggi. Golongan keluarga yang berisiko tinggi akan menerima bantuan dalam jangka masa yang akan ditetapkan.

Pihak Muhammadiyah akan membantu mereka menerusi pemberian baucar barangan, barangan asas dapur dan kewangan.

Dengan bantuan ini, Muhammadiyah berharap dapat meringankan tanggungan bulanan yang berdasarkan keadaan bagi setiap keluarga.

Persatuan Muhammadiyah juga bekerjasama dengan Pusat Khidmat Keluarga (FSC) untuk beberapa kes yang kritikal seperti kehilangan tempat tinggal, agar bantuan yang mereka perlu selanjutnya dapat diberikan.

Salah seorang penerima bantuan tersebut, Cik Rukaiyabee Ahmed Gulan, 72 tahun berkata:

“Alhamdulillah, kami sangat bersyukur dan gembira. Terima kasih kepada Muhammadiyah kerana selalu dengan tangan terbuka memberi bantuan kepada orang-orang yang memerlukan seperti kami semua. Kakitangan dan sukarelawan semua sentiasa bersopan-santun dan peramah dengan kami.”

Cik Rukaiyabee merupakan pengasuh tunggal kepada suami beliau yang terpaksa menjalani pembedahan saraf tunjang 21 tahun yang lalu.

Dengan sokongan yang menggalakkan daripada masyarakat semasa kutipan zakat di bulan Ramadan tahun ini, Persatuan Muhammadiyah dapat menjalankan program seperti ini untuk memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Setiap tahun, Persatuan Muhammadiyah memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 15,000 orang menerusi program-program dakwah, kebajikan dan pendidikan.

Usaha-usaha tersebut dapat dijalankan hasil sumbangan derma umum, infak, zakat harta dan fidyah daripada masyarakat awam. 

Sumber: https://www.beritaharian.sg/setempat/persatuan-muhammadiyah-agih-daging-korban-beras-1500-kg-buat-600-penerima-bantuan

Benefiting the community together

since 1957

atau

Follow Our Socials

You can find us on these platforms too!

DAKWAH

  • Asatizah Development
  • Free religious classes and programmes
  • Promoting positive moral values
  • Inter-faith dialogues
  • Combating extremism
  • Addressing societal issues

EDUCATION

  • Muhammadiyah Kindergarten
  • KABA Weekend Madrasah
  • Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah
  • Muhammadiyah Islamic College
  • Biasiswa Muhammadiyah (Scholarship)

WELFARE

  • Assistance to low-income families
  • Assistance to underprivilleged students
  • Jenazah Management Services
  • Projek Sinar Ihsan – Fostering Agency
  • Muhammadiyah Welfare Home (MWH)
  • Muhammadiyah Health & Day Care Centre (MHCC)
  • Muhammadiyah Senior Activity Centre – SAC (Yishun)
  • Advance Care Planning (ACP)

Bantu orang susah lebih utama daripada iktikaf di masjid

Bantu orang susah lebih utama daripada iktikaf di masjid

UMAT Islam perlu berlumba-lumba dalam melaksanakan kebaikan dan berkongsi nikmat bersama orang di sekeliling, terutama dalam keadaan pandemik hari ini. Meskipun berhadapan ujian pandemik, seorang Mukmin tidak akan berpeluk tubuh dan hanya berserah kepada nasib.

Bercakap dalam program Hikmah Ramadan yang diedarkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sepanjang Ramadan dan disiarkan di radio Warna kelmarin, Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman, berkata seorang Mukmin akan berusaha meraih kebaikan buat diri sendiri tanpa melupakan orang lain yang berada dalam kesusahan.

Beliau berkata sesiapa menunaikan hajat saudaranya, Allah akan menunaikan hajatnya. Ustaz Muhammad Azri menukil sebuah hadis Nabi Muhammad saw daripada Ibnu Umar ra yang diriwayatkan Imam al-Bukhari yang bermaksud: “Siapa sentiasa membantu hajat saudaranya, maka Allah akan sentiasa membantunya dalam hajatnya.”

Ustaz Muhammad Azri menjelaskan: “Islam adalah agama yang mengajak kepada pelaksanaan kebaikan dan antara bentuk pelaksanaan kebaikan selain daripada kita menyembah dan beribadah kepada Allah swt yang menciptakan kita ialah kita berusaha memenuhi keperluan dan hajat saudara kita, khususnya mereka yang sedang menghadapi kesukaran.

“Selama dua tahun ini, kita diuji oleh Allah swt dengan situasi pandemik Covid-19 yang sedikit sebanyak mengubah kehidupan kita. Saya berkeyakinan bahawa kita sedar ada sebahagian besar daripada kita menghadapi kesukaran hidup.

“Ada orang diberhentikan kerja, ada yang keperluan hariannya, termasuk makan dan minum, tidak mencukupi. Ada juga anak-anak terhambat pembelajaran online mereka disebabkan tiada peralatan sesuai.

“Ada juga yang menghadapi tekanan jiwa maka sebagai seorang Muslim. Kita tidak harus berpeluk tubuh menghadapi ujian Allah swt. Kita disuruh berusaha keluar daripada kesukaran dan memperbaiki kehidupan kita.

“Pada masa sama, jika kita ada sebarang kelebihan dan kemampuan, kita dianjur membantu saudara kita yang sedang ditimpa kesusahan. Ia boleh dilaksana dengan sumbangan zakat kita, dengan menyertai usaha kesukarelawanan yang dianjurkan oleh badan-badan Islam atau kita bantu secara langsung jiran kita, ahli keluarga kita atau sahabat kita yang memerlukan pertolongan.

“Kita harus menjadi orang yang bermanfaat untuk orang lain, sepertimana dianjurkan oleh Nabi saw,” kata Ustaz Muhammad Azri.

Beliau menukil sebuah hadis riwayat Al-Thabrani daripada Ibnu Umar ra bahawa Nabi saw bersabda:

“Manusia paling dicintai Allah ialah yang paling bermanfaat bagi manusia, adapun amalan yang paling dicintai Allah ialah membuat Muslim yang lain bahagia, mengangkat kesusahan daripada orang lain, membayarkan hutangnya atau menghilangkan rasa laparnya.

“Sungguh aku berjalan bersama saudaraku yang Muslim bagi sebuah keperluan lebih aku cintai daripada beriktikaf di masjid ini (Masjid Nabawi) selama sebulan.”

Ustaz Azree menjelaskan hadis ini menunjukkan jika seorang Mukmin berusaha membantu saudaranya yang memerlukan serta menjadi manusia bermanfaat buat manusia lain, maka dia akan meraih tiga perkara.

Pertama, Allah akan membantu ketika dia dalam kesusahan dan mempermudah urusannya.

Kedua, dia akan mendapat ganjaran kebaikan melebihi kebaikan beriktikaf satu bulan di Masjid Nabawi Ketiga, dia akan mendapat cinta dan reda Allah.

Sumber: https://www.beritaharian.sg/setempat/bantu-orang-susah-lebih-utama-daripada-iktikaf-di-masjid

Benefiting the community together

since 1957

atau

Follow Our Socials

You can find us on these platforms too!

DAKWAH

  • Asatizah Development
  • Free religious classes and programmes
  • Promoting positive moral values
  • Inter-faith dialogues
  • Combating extremism
  • Addressing societal issues

EDUCATION

  • Muhammadiyah Kindergarten
  • KABA Weekend Madrasah
  • Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah
  • Muhammadiyah Islamic College
  • Biasiswa Muhammadiyah (Scholarship)

WELFARE

  • Assistance to low-income families
  • Assistance to underprivilleged students
  • Jenazah Management Services
  • Projek Sinar Ihsan – Fostering Agency
  • Muhammadiyah Welfare Home (MWH)
  • Muhammadiyah Health & Day Care Centre (MHCC)
  • Muhammadiyah Senior Activity Centre – SAC (Yishun)
  • Advance Care Planning (ACP)

Masagos alu-alu usaha Rumah Kebajikan Muhammadiyah pertingkat kemudahan, khidmat

Masagos alu-alu usaha Rumah Kebajikan Muhammadiyah pertingkat kemudahan, khidmat

RUMAH Kebajikan Muhammadiyah (RKM) bukan sahaja mempertingkatkan kemudahannya di premis baru tetapi turut meningkatkan model penjagaan kanak-kanak mereka sambil terus memperkasakan mereka bagi menghadapi cabaran masa depan, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Encik Masagos yang juga Menteri bertanggungjawab Ehwal Masyarakat Islam dan Menteri Kedua Kesihatan gembira melihat model penjagaan kanak-kanak rumah kebajikan itu kini dipertingkatkan untuk memberi tumpuan kepada kes trauma.

Beliau berkongsi pemerhatiannya itu selepas menghadiri acara berbuka puasa bersama anak-anak yang menetap di RKM dan berpeluang meninjau premis barunya di Pasir Ris, pada Jumaat lepas.

Ia merupakan acara fizikal rasmi pertama di premis rumah kebajikan baru itu sejak pemindahan mereka dari Bedok North Street 3, pada Jun lalu.

Melahirkan rasa gembira melihat perkembangan di premis rumah kebajikan itu, Encik Masagos menjelaskan dalam satu catatan pos semalam:

“Bukan sahaja kemudahan-kemudahan telah dipertingkatkan, malah RKM juga telah meningkatkan model penjagaan kanak-kanak mereka untuk memberi lebih tumpuan kepada kes-kes trauma.

“RKM pun kekal menyediakan persekitaran yang selamat bagi memperkasa anak-anak untuk bangkit dan mengatasi cabaran hidup mereka.

“Saya gembira diberitahu bahawa anak-anak RKM dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan perubahan persekitaran mereka.”

Pengerusi RKM, Encik Muhammad Azri Azman berkata Ramadan tahun ini memberikan suasana dan nafas yang baru bagi RKM.

“Jun tahun lalu, RKM telah berhijrah dari premis kami di Bedok, yang kami duduki lebih dari 10 tahun, ke premis baru yang bersebelahan dengan pantai Pasir Ris. Tempat yang sangat baik. Ia dilengkapi dengan berbagai kemudahan dan teknologi yang canggih serta pemandangan yang indah,” kata Encik Azri.

Antara kemudahan baru di premis itu ialah bilik terapi permainan untuk penghuni berkeperluan khas.

Encik Masagos melahirkan harapan agar lebih ramai rakan kongsi dan sukarelawan akan tampil ke hadapan untuk membantu kanak-kanak dan keluarga mereka demi membina masyarakat yang lebih penyayang.

Dalam pada itu, Encik Masagos turut rasa bersyukur kini lebih banyak acara fizikal dapat dijalankan, seperti acara berbuka puasa itu.

“Walaupun acaranya berskala kecil dan sederhana, saya bersyukur kita kini boleh menganjurkan lebih banyak acara secara fizikal dan bersua muka, sambil mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat yang telah dilonggarkan, sedang kita bergerak secara progresif ke arah hidup dengan Covid-19.

“Terima kasih RKM kerana menganjurkan acara buka puasa yang penuh bermakna bersama anak-anak dan kakitangan Muhammadiyah,” kata Encik Masagos.

Sumber: https://www.beritaharian.sg/setempat/fokus-berita-rkm-kekal-sediakan-persekitaran-yang-selamat-berbuka-puasa-di-rumah-kebajikan

Benefiting the community together

since 1957

atau

Follow Our Socials

You can find us on these platforms too!

DAKWAH

  • Asatizah Development
  • Free religious classes and programmes
  • Promoting positive moral values
  • Inter-faith dialogues
  • Combating extremism
  • Addressing societal issues

EDUCATION

  • Muhammadiyah Kindergarten
  • KABA Weekend Madrasah
  • Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah
  • Muhammadiyah Islamic College
  • Biasiswa Muhammadiyah (Scholarship)

WELFARE

  • Assistance to low-income families
  • Assistance to underprivilleged students
  • Jenazah Management Services
  • Projek Sinar Ihsan – Fostering Agency
  • Muhammadiyah Welfare Home (MWH)
  • Muhammadiyah Health & Day Care Centre (MHCC)
  • Muhammadiyah Senior Activity Centre – SAC (Yishun)
  • Advance Care Planning (ACP)

Muhammadiyah, Muslim Pro ganding bahu bantu keluarga susah

Muhammadiyah, Muslim Pro ganding bahu bantu keluarga susah

PERSATUAN Muhammadiyah bekerjasama dengan rakan kongsi, Muslim Pro, untuk mendapat jangkauan lebih luas menjelang Ramadan ini.

Muslim Pro, sebuah aplikasi global yang dibangun dan dihasilkan oleh Bitsmedia, sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura menawarkan ciri-ciri keagamaan Islam, gaya hidup dan komuniti yang komprehensif buat umat Islam, untuk terus memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi individu yang lebih baik.

Sebagai sebahagian daripada kempen Ramadan Reconnect anjuran Muslim Pro sepanjang Ramadan ini, Muslim Pro bergabung dengan Muhammadiyah untuk menyokong inisiatif-inisiatif Muhammadiyah dalam membantu keluarga-keluarga berpendapatan rendah yang terjejas akibat pandemik Covid-19, dan yang sedang menghadapi masalah kewangan dalam membuat persiapan berbuka puasa semasa Ramadan ini.

Kempen #RamadanReconnect, yang berlangsung selama 30 hari sepanjang Ramadan, bertujuan untuk memperkenalkan kepelbagaian amalan dan budaya masyarakat Islam sedunia. Kempen ini akan memaparkan aneka kandungan gaya hidup berkenaan bulan puasa selama 30 hari menerusi siri video, artikel dan kit permulaan Ramadan di dalam aplikasi Muslim Pro.

Kempen ini juga memaparkan 12 pengaruh media sosial Muslim, pencipta kandungan dan pemimpin utama di seluruh dunia bagi memaparkan kepelbagaian komuniti Islam yang global.

Menerusi kerjasama Muslim Pro bersama Muhammadiyah ini, Muslim Pro telah memberi pelbagai sumbangan iaitu dengan menderma baucar berupa wang tunai bernilai $20,000, turut serta dalam agihan habuan makanan dan baucar wang tunai kepada 700 keluarga pada 2 April lalu.

Baru-baru ini, pada 6 April lalu, Muslim Pro juga telah mengagihkan sebanyak 210 set bungkusan nasi ambeng kepada 50 keluarga untuk berbuka puasa.

 

Mengulas tentang kerjasama Muslim Pro bersama Muhammadiyah, Ketua Pegawai Eksekutif bersama Muslim Pro, Cik Fara Abdullah, berkata:

“Dalam menyambut Ramadan ini, Muslim Pro percaya dalam menyalurkan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik, terutama komuniti Islam kita sendiri di Singapura, termasuk mereka yang baru-baru ini terjejas akibat pandemik dan sedang menghadapi masalah kewangan.

“Maka dengan itu, kami gembira dapat memberi sokongan sepenuhnya kepada Muhammadiyah, terutamanya di bulan yang penuh barakah ini.”

Kata Ketua Pegawai Eksekutif bersama Muslim Pro, Encik Nik Emir Din, pula, “Selain kempen #RamadanReconnect yang berterusan, jangkauan Ramadan Muhammadiyah merupakan satu lagi peluang bagi kami berhubungan semula dengan komuniti Islam di Singapura sambil kami bersedekah dalam bulan penuh barakah ini. Saya juga berharap, apa yang kami lakukan ini akan menggalakkan perniagaan dan individu lain untuk menyumbang kepada golongan yang kurang bernasib baik juga.”

Terharu dengan usaha Muslim Pro yang memberi sokongan kepada inisiatif-inisiatif Ramadan Muhammadiyah, Setiausaha Umum Persatuan Muhammadiyah, Cik Roszanah Abdul Salim, berkata:

“Dengan adanya syarikat seperti Bitsmedia, yang mempunyai kehadiran di peringkat antarabangsa, sangat menggalakkan dan adalah satu pencapaian besar buat kami.

“Pihak kami juga akan mengadakan agihan zakat pada 23 April ini dan dalam acara berlainan, akan mengagihkan hamper kepada keluarga-keluarga berpendapatan rendah di kawasan Bukit Batok. Kami merancang untuk memberi kuih Raya kepada keluarga-keluarga tersebut dan berharap agar masyarakat kita juga boleh menyumbangkan beberapa botol kuih Raya untuk menyokong inisiatif murni ini,” kata Cik Roszanah.

Muhammadiyah juga mengharapkan sumbangan masyarakat dalam bentuk zakat harta, fidyah dan infak, untuk menganjurkan usaha-usaha dakwah seperti pembangunan asatizah, kelas-kelas agama percuma dan ceramah serta penjagaan kebajikan di sini.

Sumber: https://www.beritaharian.sg/uncategorized/persatuan-muhammadiyah-muhammadiyah-muslim-pro-ganding-bahu-bantu-keluarga-susah

Benefiting the community together

since 1957

atau

Follow Our Socials

You can find us on these platforms too!

DAKWAH

  • Asatizah Development
  • Free religious classes and programmes
  • Promoting positive moral values
  • Inter-faith dialogues
  • Combating extremism
  • Addressing societal issues

EDUCATION

  • Muhammadiyah Kindergarten
  • KABA Weekend Madrasah
  • Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah
  • Muhammadiyah Islamic College
  • Biasiswa Muhammadiyah (Scholarship)

WELFARE

  • Assistance to low-income families
  • Assistance to underprivilleged students
  • Jenazah Management Services
  • Projek Sinar Ihsan – Fostering Agency
  • Muhammadiyah Welfare Home (MWH)
  • Muhammadiyah Health & Day Care Centre (MHCC)
  • Muhammadiyah Senior Activity Centre – SAC (Yishun)
  • Advance Care Planning (ACP)

Respons Persatuan Muhammadiyah terhadap Rapat Hari Kebangsaan 2022 mengenai pemansuhan Seksyen 377A

Muhammadiyah terima sumbangan Bitsmedia bagi bantu keluarga memerlukan

PENGENDALI aplikasi terkemuka Muslim Pro, Bitsmedia, telah menderma $20,000 kepada Persatuan Muhammadiyah semalam dalam satu kerjasama terkini bagi membantu keluarga memerlukan serta menyebarkan mesej cegah penyalahgunaan dadah.

Menurut setiausaha am Persatuan Muhammadiyah, Cik Roszanah Abdul Salim, kerjasama seperti ini adalah satu tanda baik dalam mendapatkan syarikat terkemuka membantu dalam usaha masyarakat sebegitu. 

“Kerjasama ini dalam menyokong kempen Dadah Itu Haram (DIH), sangat berharga untuk kami,” tambah beliau.

Sumbangan Bitsmedia itu digunakan bagi menawarkan baucar barang keperluan kepada 700 keluarga memerlukan yang boleh ditebus di pasar raya tempatan tertentu.

Penerima, selain mendapat habuan bekalan makanan dan barang keperluan rumah, turut diberi sebungkus kurma ajwa seberat 500 gram diderma oleh pihak DIH.

Lebih 100 relawan hadir semasa acara pengagihan habuan tersebut dan sekitar 20 relawan adalah daripada syarikat teknologi itu bersama rakan industri mereka lain.

“Bagi kami, sumbangan kami ini adalah satu penghargaan kepada masyarakat di sini kerana Muslim Pro, walaupun terkenal di serata dunia, dibangun dan disokongi penduduk di sini,” kata Cik Fara Abdullah, ketua pegawai eksekutif bersama syarikat Bitsmedia, yang mana pihaknya juga akan membantu mengagihkan 210 set makanan bento kepada keluarga memerlukan pada 6 April nanti.

 

Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim yang hadir dalam acara pengagihan habuan itu pula berkata:

“Dengan kerjasama dan rangkaian bantuan sebegini, kami harap dapat membantu lebih ramai keluarga yang memerlukan dan pada masa yang sama, mereka akan dapat memimpin dan menyebarkan tentang bahaya dadah supaya mereka tidak terperangkap dalam masalah ketagihan,” kata Dr Faishal.

Sumber: https://www.beritaharian.sg/setempat/muhammadiyah-terima-sumbangan-bitsmedia-bagi-kempen-perangi-dadah

Benefiting the community together

since 1957

atau

Follow Our Socials

You can find us on these platforms too!

DAKWAH

  • Asatizah Development
  • Free religious classes and programmes
  • Promoting positive moral values
  • Inter-faith dialogues
  • Combating extremism
  • Addressing societal issues

EDUCATION

  • Muhammadiyah Kindergarten
  • KABA Weekend Madrasah
  • Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah
  • Muhammadiyah Islamic College
  • Biasiswa Muhammadiyah (Scholarship)

WELFARE

  • Assistance to low-income families
  • Assistance to underprivilleged students
  • Jenazah Management Services
  • Projek Sinar Ihsan – Fostering Agency
  • Muhammadiyah Welfare Home (MWH)
  • Muhammadiyah Health & Day Care Centre (MHCC)
  • Muhammadiyah Senior Activity Centre – SAC (Yishun)
  • Advance Care Planning (ACP)

Muhammadiyah hulur bantuan kepada 700 keluarga penerima zakat

Muhammadiyah hulur bantuan kepada 700 keluarga penerima zakat

SINGAPURA: Sebanyak 700 keluarga menerima hamper makanan dan baucar makanan daripada Persatuan Muhammadiyah (MA) hari ini (2 April).

Mereka merupakan para penerima zakat badan itu yang kebanyakannya terjejas oleh pandemik atau terhimpit kedudukan kewangan mereka.

Bagi menjayakan acara pengagihan menjelang bulan Ramadan, lebih 100 kakitangan dan anggota Muhammadiyah serta sukarelawannya terlibat dalam pembungkusan dan penghantaran hamper-hamper itu.

Setiap hamper makanan mengandungi barangan makanan yang sihat selain beras, minyak masak dan kurma Ajwa yang ditaja oleh kempen ‘Dadah Itu Haram’ (DIH).

Persatuan Muhammadiyah sekali lagi bekerjasama dengan Biro Narkotik Pusat (CNB) bagi menyokong kempen DIH.

Bagi menyebar luas mesej anti-dadah itu, para penerima bantuan juga menerima risalah-risalah yang padat dengan maklumat dan bahaya dadah.

“Saya amat berbesar hati dengan sokongan kuat Persatuan Muhammadiyah dan para penaja mereka. Dengan rakan kerja seperti Muhammadiyah, kami boleh berusaha mencapai masyarakat bebas dadah dan saya mengalu-alukan lebih banyak rakan kerja untuk menyertai usaha kami dalam membasmi salah guna dadah,” kata Menteri Negara Ehwal dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara, Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Acara hari ini turut disokong syarikat tempatan Bitsmedia Pte Ltd yang mengeluarkan aplikasi gaya hidup Muslim popular iaitu Muslim Pro.

“Sebagai pengeluar aplikasi gaya hidup Muslim global yang bertapak di sini di Singapura, kami percaya dalam menyumbang semula kepada masyarakat Muslim kita sendiri di sini. Kami mahu memainkan peranan yang ketara dalam meningkatkan kehidupan masyarakat ini,” jelas CEO bersama Bitsmedia Pte Ltd, Nik Emir Din.

Selain sumbangan sebanyak $20,000 daripada Bitsmedia Pte Ltd, kumpulan penggemar motosikal tempatan, Singapore Bikerz inClub juga menyumbang $10,000 menerusi satu usaha pengumpulan derma.

Melihat sokongan padu yang diterima Persatuan Muhammadiyah, badan itu turut berbesar hati.

“Ia amat menggalakkan untuk melihat lebih banyak syarikat dan pertubuhan tampil ke hadapan untuk membantu dan menyokong usaha kami,” kata Setiausaha Umum Persatuan Muhammadiyah, Roszanah Abdul Salim.

Food Bank Singapore juga menyumbang paket-paket beras dan kelengkapan dandanan diri bagi projek tersebut.

Sumber : https://berita.mediacorp.sg/singapura/muhammadiyah-hulur-bantuan-kepada-700-keluarga-penerima-zakat-649911

Benefiting the community together

since 1957

atau

Follow Our Socials

You can find us on these platforms too!

DAKWAH

  • Asatizah Development
  • Free religious classes and programmes
  • Promoting positive moral values
  • Inter-faith dialogues
  • Combating extremism
  • Addressing societal issues

EDUCATION

  • Muhammadiyah Kindergarten
  • KABA Weekend Madrasah
  • Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah
  • Muhammadiyah Islamic College
  • Biasiswa Muhammadiyah (Scholarship)

WELFARE

  • Assistance to low-income families
  • Assistance to underprivilleged students
  • Jenazah Management Services
  • Projek Sinar Ihsan – Fostering Agency
  • Muhammadiyah Welfare Home (MWH)
  • Muhammadiyah Health & Day Care Centre (MHCC)
  • Muhammadiyah Senior Activity Centre – SAC (Yishun)
  • Advance Care Planning (ACP)

10 FAQ Berkenaan Puasa Ramadan

10 FAQ Berkenaan Puasa Ramadan

  1. Bilakah Perlu Menjatuhkan Niat Puasa?
  • Niat puasa perlu dijatuhkan sebelum masuknya waktu subuh. Namun demikian, apabila kita sudah tahu bahawa keesokan harinya kita akan berpuasa, maka sudah dianggap telah menjatuhkan niat. Apalagi ketika bangun sahur untuk makan, pasti niat untuk berpuasa sudah ada di dalam hati tanpa melafazkannya.

Sabda Nabi s.a.w: “Sesungguhnya amal (ibadah) itu perlu dengan niat, dan (pahala) bagi setiap orang hanya tergantung dengan apa yang telah  diniatkan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • Walau bagaimanapun, sebahagian ulama berpendapat bahawa disunatkan untuk melafazkan niat puasa setiap hari bermula selepas waktu magrib hingga sebelum waktu solat Subuh pada keesokan harinya, maka ia merupakan khilaf yang muktabar dalam kalangan ulama.
  1. Siapa Mendapat Rukhsah Puasa?
  • Rukhsah adalah keringanan atau kelonggaran. Dengan adanya rukhsah, kita diberi keringanan dalam melaksanakan hukum agama seperti puasa qadha`. Pengecualian ini hanya diberikan kepada mereka yang dalam keadaan darurat atau terpaksa sahaja.
  • Golongan yang Mendapat Rukhsah:

Orang Tua: Orang tua yang ada kesulitan atau kepayahan untuk berpuasa, hukumnya adalah harus (mubah). Sebagai ganti, mereka perlu membayar fidyah sesuai dengan jumlah hari yang ditinggalkan. Contohnya, seorang nenek tidak mampu berpuasa selama 30 hari, maka dia perlu membayar fidyah untuk 30 hari tersebut.

Musafir / Orang Yang Ke Luar Negara: Seseorang yang belayar atau bermusafir diberikan kelonggaran untuk tidak berpuasa dan hanya perlu menggantikan (qadha`) puasanya selepas bulan Ramadan.

Rasa Masakan: Merasa masakan dibolehkan dengan diletakkan pada hujung lidah dan tidak membatalkan puasa. Keadaan seperti tukang masak atau suri rumah yang sedang memasak di dapur. Ibnu Abbas r.a berkata: “Tidak mengapa seseorang yang sedang berpuasa merasa cuka atau sesuatu, selama tidak masuk sampai ke kerongkong.” (Riwayat Ibnu Abi Syaibah) Ini hendaklah dalam kuantiti yang sedikit. Namun, tidak boleh menelannya kerana jika ia ditelan masuk bersama air liur, maka batallah puasanya.

  1. Apa itu Qadha’ Puasa?
  • Qadha` adalah menggantikan puasa selepas bulan Ramadan yang telah ditinggalkan. Orang yang belum selesai puasa qadha` sehingga bertemu dengan Ramadan yang baru wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan.

Orang yang menghadapi uzur syar’i seperti sakit yang boleh sembuh, musafir dan wanita haid, wajib menggantikan puasanya. Orang yang meninggalkan puasa dengan sangaja dan tidak menggantikan puasanya maka dia berdosa.

  • Bolehkah menggabungkan puasa Qadha’ dengan puasa sunat?

Puasa Qadha’ dan Puasa Sunat Sekaligus: Pada dasarnya, amalan wajib mesti diutamakan dari amalan sunat. Namun, jika seseorang berniat untuk puasa Qadha’ pada hari Isnin dan khamis atau hari-hari afdal seperti hari arafah, mudah-mudahan dia mendapat pahala sunat pada hari tersebut. Akan tetapi, jika seseorang berniat untuk puasa sunat sahaja, maka dia masih belum memenuhi tuntutan kefarduan. Oleh itu, dia masih wajib selesaikan puasa Qadha’ Ramadan.

Puasa Qadha’ dan Puasa Enam Syawal: Ulama berbeza pendapat tentang mendahulukan puasa syawal sebelum puasa Qadha’, dan menggabungkan puasa syawal dengan puasa Qadha`. Jalan yang terbaik adalah mendahulukan puasa Qadha` sebelum puasa enam. Jika khuatir tidak dapat melaksanakan puasa enam kerana jumlah puasa Qadha` yang banyak (seperti wanita haid dan nifas), maka dibolehkan untuk puasa enam. Namun demikian, hendaklah sempurnakan puasa Qadha’-nya sebelum Ramadan yang akan datang.

  1. Apa Hukum Fidyah?
  • Fidyah adalah memberi makan kepada seorang miskin sebagai ganti kepada puasa Ramadan yang ditinggalkan. Kadar pembayaran fidyah adalah sesuai dengan harga satu hidangan makanan. Sebagaimana firman Allah: “Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu): memberi makan seorang miskin” (al-Baqarah: 184).

Golongan Wajib Dengan Fidyah Sahaja:

– Orang tua yang merasa berat apabila berpuasa.

– Orang sakit yang tiada harapan untuk sembuh.

– Wanita hamil dan wanita yang menyusukan bayi.

  • Kadar Pembayaran Fidyah:

Harga pembayaran fidyah menurut Muhammadiyah ialah sekitar SG$6 (harga satu hidangan makanan (nasi/roti dan lauk)

Kadar pembayaran fidyah menurut mazhab Syafi’i pula adalah satu mud makanan asas iaitu sekitar $1.40 setiap satu mud beras (harga tahun 2022), maka ia tidak menjadi sebuah masalah yang dipertikaikan.

  • Cara Mengira Fidyah:

Contoh: Jumlah Hari (10 Hari) x Satu Hidangan ($6) = Jumlah Keseluruhan ($60).

  1. Bagaimana dengan Wanita Hamil dan Sedang Menyusukan?
  • Wanita hamil atau yang sedang menyusukan dibolehkan berpuasa jika dia mampu. Sekiranya jika dia tidak mampu, dia boleh untuk tidak berpuasa. Jika dia tidak berpuasa kerana bimbang akan dirinya sahaja, atau bimbang dengan keadaan anak di dalam kandungannya, atau kerana anak yang disusukannya, maka mereka hanya perlu menggantikan puasa dengan membayar fidyah untuk hari tersebut. Ini sesuai dengan pendapat Ibnu Abbas r.a dan Ibnu Umar r.a.

Ibnu Abbas r.a berkata: “Jika seorang wanita hamil khuatir dirinya dan wanita yang menyusukan khuatir ke atas anaknya di bulan Ramadan (jika mereka berdua berpuasa) maka mereka berdua boleh berbuka dan membayar fidyah untuk setiap hari dengan memberi makan kepada seorang miskin, dan keduanya tidak perlu melakukan Qadha’” (Riwayat at-Thobari)

Ibnu ‘Umar r.a ketika ditanya oleh wanita hamil, dia menjawab: “Berbukalah dan berilah makan kepada seorang miskin untuk menggantikan setiap harinya, dan kamu tidak perlu melakukan Qadha’” (Riwayat ad-Daraqutni)

  1. Apakah Perbezaan di antara Zakat Harta dan Zakat Fitrah?
  • Zakat Harta adalah menyerahkan bahagian harta yang telah dimiliki dan ditentukan setelah cukup kadar haul (setahun) dan nisab. Wang Zakat boleh diagihkan kepada salah satu daripada 8 asnaf secara langsung atau boleh memberikan kepada badan-badan yang mengurus pengagihan zakat harta.
  • Zakat Fitrah ialah zakat yang wajib atas setiap individu baik kanak-kanak yang belum baligh dan juga dewasa untuk diberikan selama berada di bulan Ramadan sehingga sebelum bermulanya solat Aidilfitri. Jika dia tidak berkemampuan, maka waris/wali wajib membayarkan untuknya. Sekiranya bayaran tersebut ditunaikan selepas solat Aidilfitri, maka ia dikira sebagai sedekah dan bukan zakat fitrah.
  1. Makan Dahulu Atau Solat Margib Dahulu?
  • Jika juadah berbuka telah dihidangkan, maka hendaklah dia menyelesaikan makanannya terlebih dahulu, dan setelah itu mendirikan solat magrib supaya hatinya tenang dan tidak terganggu ketika dalam solat. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w: “Tidak ada solat dengan keberadaan makanan (yang telah terhidang) dan begitu juga tidak sempurna solat bagi mereka yang menahan air kecil dan air besar” (Riwayat Muslim). Dalam riwayat yang lain, “Apabila salah seorang kamu berada di hadapan hidangan makan maka janganlah dia bersegera (tergopoh-gapah) sehinggalah dia menyelesaikan hajatnya dari makanan tersebut, meskipun solat telah didirikan.” (Riwayat al-Bukhari)
  • Solusi: Bagi mereka yang ingin menunaikan solat magrib terlebih dahulu, maka sebaiknya juadah berbuka puasa dihidangkan setelah selesai solat magrib.
  1. Apakah Solat Witir Hanya Dilakukan Satu Kali Dalam Satu Malam?
  • Witir bermakna ganjil. Ia dilakukan setelah solat terawih secara berjemaah atau bersendirian. Solat witir hanya dilakukan sekali dalam satu malam. Sebagaimana Nabi s.a.w bersabda, “Tidak ada dua witir dalam satu malam” (Riwayat Abu Daud).

Sekiranya mereka yang telah solat witir dalam solat terawihnya, kemudian ingin melakukan qiyamul Ramadan sekali lagi, maka tidak perlu mendirikan solat witir buat kali kedua.

  1. Apakah Zikir Yang Dilakukan Nabi s.a.w Pada Akhir-Akhir Ramadan?
  • Aisyah pernah bertanya kepada Nabi s.a.w: “Jika ada suatu hari yang aku tahu bahawa malam tersebut adalah Lailatul Qadar, doa apa yang mesti aku ucapkan? Rasulullah s.a.w menjawab: Berdoalah:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى

“Allaahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni”

(Ya Allah, sesungguhnya Engkau sentiasa mengampuni (kesilapan hamba-hamba-Mu), lagi suka memaafkan. Oleh itu maafkanlah aku (dia atas salah dan silapku) (Riwayat at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

  1. Bagaimama Cara Iktikaf dan Bilakah Lailatul Qadar?
  • Iktikaf adalah berdiam diri atau menetap dalam suatu tempat. Secara istilah, iktikaf adalah berdiam diri dalam masjid dengan melaksanakan amalan-amalan tertentu dengan niat kerana Allah.

Iktikaf sangat dianjurkan pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan.  Tempat beriktikaf hanya di masjid. Disunatkan bagi orang yang beriktikaf untuk memperbanyakkan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t seperti solat sunat, membaca al-Qur’an dan sebagainya. Jangan lupa niat ikhlas kepada Allah dalam melaksanakan ibadah kepadanya.

  • Lailatul Qadar adalah satu malam yang sangat istimewa yang terjadi pada bulan Ramadan. Ia adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan. Pada malam tersebut, al-Qur’an diturunkan dan kita dianjurkan untuk memperbanyakkan ibadah seperti solat, berselawat, berzikir, membaca al-Qur’an dan memohon keampunan kepada Allah s.w.t.

Para ulama berselisih pandangan tentang waktu ia terjadi. Antaranya ialah pada malam-malam ganjil pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan. Walau bagaimanapun, agama menganjurkan kita untuk memperbanyakkan ibadah pada sepuluh malam terakhir Ramadan kerana tidak ada serorang pun yang dapat mengetahui bilakah malam seribu bulan itu terjadi.

Kongsi cara didik penghuni jadi insan berbakti

Kongsi cara didik penghuni jadi insan berbakti

ANDI (bukan nama sebenar) tiba di Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM) atas rujukan Perkhidmatan Perlindungan dan Penjagaan, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada 2017.

Dilahirkan kepada bapa, warga Singapura, dan ibu, warga negara jiran, Andi merupakan seorang anak yatim piatu. Beliau dibesarkan di negara jiran itu tetapi tidak mempunyai visa yang sah untuk tinggal di situ selepas kematian ibunya.

 

Oleh sebab Andi tidak mempunyai penjaga yang boleh dikenal pasti, beliau diletakkan di bawah jagaan RKM selepas dihantar pulang ke Singapura.

Pihak RKM dan MSF kemudian berupaya menghubungkan Andi bersama keluarga sebelah allahyarham bapanya, dengan beliau menjalin hubungan dengan mereka.

Andi yang berumur 15 tahun pada 2017 berada dalam jagaan RKM sehingga umurnya 21 tahun dan dapat menamatkan persekolahannya. Beliau telah dilepaskan lebih awal menyusuli perintah mahkamah dan kini sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS).

Daripada seorang remaja yang takut dan keliru, Andi telah berubah menjadi pemuda yang yakin di bawah penjagaan dan didikan pekerja kesnya, Cikgu Rizal, Cikgu Faiz dan Cikgu Sumiati.

Beliau kini berharap dapat berkhidmat sebagai sukarelawan di RKM dan memberi inspirasi kepada penghuni lebih muda.

 

Kisah Andi adalah antara kes ihsan kendalian RKM.

Profil kes penghuni di RKM telah beralih daripada menangani kes pesalah juvenil dan probesyen kepada kes ihsan di bawah naungan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

RKM yang telah berpindah ke 101 Pasir Ris Road dari Bedok North Street 3 pada Jun lalu, kini menjaga 37 penghuni berusia antara 12 tahun dengan 19 tahun.

Penghuni itu ditempatkan di RKM untuk perlindungan dan bimbingan supaya mereka dapat kembali kepada keluarga dengan selamat.

Dengan pertukaran profil kes penghuni RKM, pendekatan penjagaan telah berkembang daripada rejimen tegas dan berstruktur kepada penjagaan intervensi yang lebih individu dan terperinci.

Pengerusi bagi anggota jawatankuasa pengurusan RKM dan juga Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman, berkata:

“Kami terus berusaha memastikan anak-anak di Rumah Kebajikan Muhammadiyah diberi penjagaan yang baik serta dibentuk jati diri mereka agar dapat menjadi insan yang berkebolehan, berdikari dan berbakti kepada keluarga dan masyarakat.

“Dengan itu, dari masa ke masa kami terus memperbaiki pengurusan dan program kami agar anak-anak ini meraih manfaat sepenuhnya semasa mereka berada di RKM dan terus diberikan sokongan dan panduan setelah mereka tinggalkan RKM.”

Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, RKM berencana mengamalkan pendekatan Trauma Informed Care dengan kakitangan RKM akan lebih maklum tentang impak trauma kepada anak-anak yang dimasukkan ke RKM.

Pendekatan ini akan disepadukan dengan prosedur, prasarana dan cara kerja. Kakitangan akan dilatih untuk melengkapkan diri dengan cara penjagaan terbaru ini seperti memahami dan mengenal pasti tanda-tanda dan gejala trauma, isu asas di sebalik setiap tindakan, reaksi dan tingkah laku sebelum merancang tindakan seterusnya yang akan diambil.

Program intervensi tertumpu buat penghuni dirancang berdasarkan risiko dan keperluan individu, dengan program seperti seni terapeutik dan program berkebun diadakan.

Selain itu, ada juga bengkel dan kerja secara berkumpulan yang meliputi pelbagai topik seperti peraturan emosi, berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu dan memilih rakan sebaya yang betul serta ceramah motivasi dan pendidikan, semua ini diadakan khas untuk penghuni di sini.

Di RKM yang baru, sebuah kemudahan baru iaitu Play Therapy Room untuk penghuni berkeperluan khas, telah diadakan. Seorang pakar terapi bermain bertauliah akan terlibat menganjurkan sukatan sistematik untuk anak-anak yang memerlukan.

Secara purata, anak-anak RKM menginap di RKM antara setahun dengan setahun setengah. Kakitangan yang menyelaras kes akan bekerjasama dengan setiap penghuni dan keluarga supaya mereka dapat bersatu semula dengan lancar. Lantaran itu, program intervensi keluarga akan dianjurkan untuk mengutuhkan unit keluarga dengan memperkasa anggota keluarga bagi memperbaiki mutu hubungan mereka.

RKM juga akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan lain termasuk badan-badan kementerian demi memastikan penghuni dan keluarga penghuni mendapat sokongan yang diperlukan sebelum keluarga ini disatukan semula. Selain itu, RKM juga mempunyai pelbagai daya usaha untuk menyokong anak-anak RKM yang telah meninggalkan RKM.

Antara daya usaha utama RKM ialah dengan menawarkan biasiswa kepada mereka yang melanjutkan pendidikan posmenengah. Biasiswa Al Fatih yang diperkenal pada 2013 menawarkan bantuan kewangan dalam perbelanjaan berkenaan sekolah seperti duit sekolah dan pengangkutan, untuk menggalakkan bekas penghuni RKM agar mereka meneruskan pendidikan mereka. Menurut kajian RKM, para belia yang meneruskan pendidikan mereka ke tahap posmenengah lebih kurang risiko melakukan kesalahan semula.

Setiap biasiswa bernilai $2,500 yang akan diagihkan secara bulanan, membolehkan pekerja kes RKM berhubungan dengan bekas penghuni dan memberikan mereka bimbingan dan sokongan apabila perlu.

Sejak 2013, biasiswa bernilai $171,150 telah diagihkan kepada 83 penerima.

Pada bulan depan, 15 bekas penghuni akan diberikan anugerah biasiswa ini dalam acara tahunan Hari Residen. Acara akan diserikan dengan kehadiran tetamu terhormat, Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean.

“Pada tahun ini, RKM akan memulakan Program Sokongan selepas Perlepasan (Post Discharge Support Programme) untuk penghuni yang sudah keluar daripada RKM. Kami mahu terus memberi sokongan kepada mereka selepas mereka pulang ke pangkuan keluarga supaya usaha penyatuan keluarga berjaya,” kata Ketua RKM, Cik Rahmatunnisa Abdul Majeed.

RKM ditubuhkan pada Disember 1989 di Mountbatten Road dan telah menjaga lebih daripada 1,000 anak-anak selama 32 tahun dalam perkhidmatan.

CARA BERI SUMBANGAN

Untuk terus menyokong RKM supaya dapat terus menabur bakti kepada anak-anak dan keluarga yang perlu bimbingan dan sokongan, anda boleh menyumbang melalui kaedah berikut:

  • Cek atas nama MWH Kirim cek ke alamat 101 Pasir Ris Road (519154)
  • Pemindahan dana melalui bank DBS Autosave 017-010046-7
  • PayNow ke UEN S58SS0020CMWH
  • Lungsuri laman https://www. giving.sg/muhammadiyah- welfare-home

Benefiting the community together

since 1957

atau

Follow Our Socials

You can find us on these platforms too!

DAKWAH

  • Asatizah Development
  • Free religious classes and programmes
  • Promoting positive moral values
  • Inter-faith dialogues
  • Combating extremism
  • Addressing societal issues

EDUCATION

  • Muhammadiyah Kindergarten
  • KABA Weekend Madrasah
  • Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah
  • Muhammadiyah Islamic College
  • Biasiswa Muhammadiyah (Scholarship)

WELFARE

  • Assistance to low-income families
  • Assistance to underprivilleged students
  • Jenazah Management Services
  • Projek Sinar Ihsan – Fostering Agency
  • Muhammadiyah Welfare Home (MWH)
  • Muhammadiyah Health & Day Care Centre (MHCC)
  • Muhammadiyah Senior Activity Centre – SAC (Yishun)
  • Advance Care Planning (ACP)

Raih pahala, keberkahan beri kasih sayang kepada anak titipan

Raih pahala, keberkahan beri kasih sayang kepada anak titipan

Benefiting the community together

since 1957

atau

Follow Our Socials

You can find us on these platforms too!

DAKWAH

  • Asatizah Development
  • Free religious classes and programmes
  • Promoting positive moral values
  • Inter-faith dialogues
  • Combating extremism
  • Addressing societal issues

EDUCATION

  • Muhammadiyah Kindergarten
  • KABA Weekend Madrasah
  • Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah
  • Muhammadiyah Islamic College
  • Biasiswa Muhammadiyah (Scholarship)

WELFARE

  • Assistance to low-income families
  • Assistance to underprivilleged students
  • Jenazah Management Services
  • Projek Sinar Ihsan – Fostering Agency
  • Muhammadiyah Welfare Home (MWH)
  • Muhammadiyah Health & Day Care Centre (MHCC)
  • Muhammadiyah Senior Activity Centre – SAC (Yishun)
  • Advance Care Planning (ACP)

Rekod 188 lulusan program Kolej Islam Muhammadiyah; program ijazah baru dilancarkan

Rekod 188 lulusan program Kolej Islam Muhammadiyah; program ijazah baru dilancarkan

SINGAPURA: Jumlah rekod seramai 188 penerima ijazah Sarjana, Sarjana Muda, diploma dan sijil pengajian diraikan dalam satu Majlis Konvokesyen Kolej Islam Muhammadiyah (KIM), yang diadakan hari ini (18 Jul).

Diadakan dua tahun sekali, acara tahun ini diadakan secara online dek pandemik COVID-19.

Daripada 188 lulusan tahun ini, lapan daripada mereka lulus dalam dua jurusan. Berikut senarai lulusan MIC tahun ini:

  • Sarjana: 6
  • Sarjana Muda: 7
  • Diploma: 69
  • Pra-Diploma: 16
  • Sijil Pengajian: 98

Majlis konvokesyen tahun ini turut menyaksikan enam lulusan Sarjana daripada kohort pertama program tersebut yang dilancarkan pada 2015.

Program Sarjana tersebut adalah hasil kolaborasi antara Kolej Islam Muhammadiyah dengan Fakulti Tamaddun Islam Universiti Teknologi Malaysia.

Berikut senarai siswa MIC yang lulus dengan Sarjana dalam jurusan Falsafah:

1. K.H Majeed
2. Muhammad Islaahuddin Bin Jumat
3. Muhd Ameen Packir Mohideen
4. Safaruan Bin Kasman
5. Shaik Huzaifah Bin Shaik Hussain
6. Shukhrat Sharifzoda

KEBERANIAN, KEIHSANAN, INTEGRITI PENTING DALAM DIRI SEORANG PEMIMPIN

Seseorang pemimpin masyarakat antaranya perlu memiliki keberanian, keihsanan dan integriti untuk memimpin masyarakat.

Ketiga-tiga ciri penting itu ditekankan oleh tetamu terhormat majlis konvokesyen tersebut, Mufti Negara, Dr Naziruddin Nasir dalam ucapannya kepada para lulusan MIC hari ini.

“Seorang pemimpin perlu mendekati masyarakat. Kita harus dapat merasakan penderitaan, kebimbangan, ketakutan dan kegelisahan mereka, kerana kita semua telah melihat bahawa pemimpin agama yang semakin meningkat memainkan peranan yang sangat penting,” ujar Dr Naziruddin.

Dr Naziruddin juga menukil contoh bagaimana para pemimpin agama boleh membimbing masyarakat untuk sama-sama memikul tanggungjawab sosial dan menjaga keselamatan umum.

Beliau malah bersyukur kerana tiada kelompok jangkitan COVID-19 di masjid-masjid merata negara mahupun penularan yang berlaku semasa umat Islam kunjung-mengunjung sempena sambutan Hari Raya.

Di samping itu, Dr Naziruddin menekankan betapa pusat-pusat dan para penyedia pendidikan Islam di Singapura turut memainkan peranan penting dalam memberikan pendidikan yang menyeluruh dan bersandarkan konteks masyarakat yang berbilang kaum dan agama di Singapura.

“Ini lebih penting lagi dengan masyarakat hari ini mudah terdedah kepada pengaruh dalam talian yang tidak sihat,” tegas Dr Naziruddin.

Lantaran itu, Dr Naziruddin mengalu-alukan usaha para penyedia dan pusat-pusat pendidikan Islam terus memperkukuh dan mengemas kini kurikulum masing-masing untuk menangani kemunculan cabaran-cabaran baru.

Beliau juga menyeru para graduan supaya terus mempertingkatkan diri dan menajamkan kemahiran agar mereka terlatih dan yakin untuk membimbing dan menjaga kemaslahatan masyarakat “daripada salah maklumat dan kesesatan yang menyimpang daripada ajaran sebenar Islam”.

PROGRAM SARJANA MUDA BARU DILANCARKAN

Semasa majlis konvokesyen tersebut, Pengarah Kolej Islam Muhammadiyah, Encik Sazali Abdul Wahid, turut melancarkan satu program ijazah hasil kerjasama terkini dengan Universitas Muhammadiyah Malang (UMM).

Memorandum Persefahaman (MOU) bagi program tersebut – ijazah dalam pengajian Islam – dimeterai kedua-dua pihak pada 28 Jun lalu.

Program ijazah secara sambilan itu adalah bagi jurusan Hukum Keluarga Islamiah yang akan dijalankan sepanjang empat tahun.

Dijangka bermula pada Ogos nanti, proses pendaftaran bagi program tersebut sedang dijalankan.

Secara keseluruhannya, program tersebut akan menerima masuk sekitar tujuh hingga 15 penuntut dan akan dijalankan secara online disebabkan oleh pandemik COVID-19.

Program ijazah itu adalah tambahan kepada dua lagi program ijazah yang ditawarkan oleh Kolej Islam Muhammadiyah.

Benefiting the community together

since 1957

atau

Follow Our Socials

You can find us on these platforms too!

DAKWAH

  • Asatizah Development
  • Free religious classes and programmes
  • Promoting positive moral values
  • Inter-faith dialogues
  • Combating extremism
  • Addressing societal issues

EDUCATION

  • Muhammadiyah Kindergarten
  • KABA Weekend Madrasah
  • Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah
  • Muhammadiyah Islamic College
  • Biasiswa Muhammadiyah (Scholarship)

WELFARE

  • Assistance to low-income families
  • Assistance to underprivilleged students
  • Jenazah Management Services
  • Projek Sinar Ihsan – Fostering Agency
  • Muhammadiyah Welfare Home (MWH)
  • Muhammadiyah Health & Day Care Centre (MHCC)
  • Muhammadiyah Senior Activity Centre – SAC (Yishun)
  • Advance Care Planning (ACP)

PERSATUAN MUHAMMADIYAH MENGUTUK KEGANASAN DI BAITUL MAQDIS

KENYATAAN MEDIA 
12 Mei 2021 / 30 Ramadan 1442

Ref. No: MA/HQ/21/05-01

PERSATUAN MUHAMMADIYAH MENGUTUK KEGANASAN DI BAITUL MAQDIS

1. Perkembangan mutakhir di Baitul Maqdis mencetuskan kebimbangan di kalangan masyarakat dunia.

¬
2. Serangan ke atas Masjid Al-Aqsa dengan menjadikan orang awam sebagai sasaran merupakan suatu penghinaan terhadap nilai-nilai kemanusiaan.

3. Apa sahaja tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaan sama sekali tiada tempat di muka bumi ini dan hanya akan menyulitkan proses pendamaian dan keharmonian.

4. Pastinya mereka yang berkelakuan zalim wajar diingatkan akan kekuatan doa orang-orang yang mereka zalimi. Rasulullah ﷺ bersabda: “Dan berhati-hatilah terhadap doa orang yang terzalimi, karena tidak ada penghalang antara doanya dengan Allah” (Riwayat Bukhari)

5. Muhammadiyah mengajak masyarakat Islam di Singapura untuk mendoakan agar mereka yang cedera mendapat kesembuhan manakala yang dizalimi pula mendapat keadilan secepatnya. Sesuai dengan sabda Rasulullah ﷺ : “Tidaklah seorang muslim berdoa untuk saudaranya yang tidak di hadapannya, melainkan malaikat yang ditugaskan kepadanya berkata : “Amin, dan bagimu seperti yang kamu doakan”. (Riwayat Muslim)

6. Semoga keamanan dikembalikan dan keadilan ditegakkan di Baitul Maqdis.

Muat turun PDF

BERITA Mediacorp,  1 May 2021: Muhammadiyah agih bantuan S$150,000 kepada 700 keluarga susah buat persiapan Hari Raya

BERITA Mediacorp, 1 May 2021: Muhammadiyah agih bantuan S$150,000 kepada 700 keluarga susah buat persiapan Hari Raya

SINGAPURA: Persatuan Muhammadiyah mengagihkan lebih banyak bantuan tahun ini mencecah S$150,000.

Sebanyak 700 keluarga menerima habuan wang zakat dan hamper makanan bernilai S$115,000 dalam agihan kedua diadakan sempena Ramadan pada Sabtu (1 Mei).

Jumlah penerima meningkat dari 500 keluarga tahun lalu dengan nilai bantuan bertambah hampir seganda berbanding tahun 2020.

Sekitar 40 sukarelawan menggembleng tenaga membungkus 700 hamper yang diisi dengan kuih raya berwarna warni dan makanan kering.

Dengan jumlah penerima bantuan yang meningkat tahun ini, satu lagi agihan zakat telah diadakan dua hari sebelum Ramadan (10 Apr).

Sejak pandemik COVID-19 melanda, dengan jumlah penerima bantuannya meningkat, Setiausaha Umum Persatuan Muhammadiyah, Cik Roszanah Abdul Salim, berharap dapat terus menerima sumbangan dan sokongan masyarakat.

Antara golongan yang dibantu adalah mereka yang dibuang kerja akibat penyakit, ibu tunggal, warga emas atau yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.

Bantuan yang diterima membantu kos perbelanjaan ibu tunggal ini yang tidak dapat bekerja atas sebab-sebab kesihatan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada pihak Muhammadiyah kerana membantu. Saya pun sudah satu tahun tak kerja jadi ia dapat meringankan sedikit perbelanjaan makanan untuk berbuka dan menyambut Hari Raya kelak, Insya-Allah,” kata Cik Rahmah yang mempunyai seorang anak yang masih menjalani perkhidmatan negara.

Sila baca https://berita.mediacorp.sg/singapura/muhammadiyah-agih-bantuan-s-150-000-kepada-700-keluarga-susah-35396

Benefiting the community together

since 1957

atau

Follow Our Socials

You can find us on these platforms too!

DAKWAH

  • Asatizah Development
  • Free religious classes and programmes
  • Promoting positive moral values
  • Inter-faith dialogues
  • Combating extremism
  • Addressing societal issues

EDUCATION

  • Muhammadiyah Kindergarten
  • KABA Weekend Madrasah
  • Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah
  • Muhammadiyah Islamic College
  • Biasiswa Muhammadiyah (Scholarship)

WELFARE

  • Assistance to low-income families
  • Assistance to underprivilleged students
  • Jenazah Management Services
  • Projek Sinar Ihsan – Fostering Agency
  • Muhammadiyah Welfare Home (MWH)
  • Muhammadiyah Health & Day Care Centre (MHCC)
  • Muhammadiyah Senior Activity Centre – SAC (Yishun)
  • Advance Care Planning (ACP)

BERITA mediacorp, 13 Jan 2021: Muhammadiyah, Hezom Xpress agih 2,000 beriani percuma bagi keluarga memerlukan

BERITA mediacorp, 13 Jan 2021: Muhammadiyah, Hezom Xpress agih 2,000 beriani percuma bagi keluarga memerlukan

SINGAPURA: Bukan sedikit. Sebanyak 2,000 beriani percuma petang tadi datang mengetuk pintu rumah 450 keluarga memerlukan di merata Singapura – tidak kira kaum dan agama.

Pengagihan besar itu memerlukan lebih 80 sukarelawan untuk turun padang membantu melakukan pengagihannya dengan kenderaan mereka sendiri!

Inisiatif ini sebenarnya sebahagian projek amal kendalian Persatuan Muhammadiyah dipanggil ‘Kongsi Briyani’.

2,000 set beriani ditaja sepenuhnya oleh syarikat Hezom Xpress Pte Ltd yang mengikrarkan satu set beriani bagi setiap S$12 sumbangan ikhlas orang ramai kepada Persatuan Muhammadiyah.

“Kami percaya dengan kerjasama antara kita dengan banyak pertubuhan lain, kita dapat membantu lebih dari segi menghulurkan bantuan kepada mereka dalam masyarakat, pada masa-masa sukar ini,” kata Cik Asnita Ahmad, Pengurus Hezom Xpress.

Secara keseluruhan, projek amal itu berjaya mengumpul S$24,000. Sebahagian jumlah tersebut akan digunakan sebagai subsidi yuran sekolah murid-murid tadika kurang berkemampuan Muhammadiyah.

Ini di samping menyokong Projek Infaq Ilmu yang sedang diusahakan persatuan itu.

“Sambutan dari masyarakat awam amat menggalakkan untuk membantu Persatuan Muhammadiyah mengumpul dana bagi Projek Infaq Ilmu. Mereka peka akan pentingnya pendidikan serta keperluan institusi pendidikan untuk terus memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat,” ulas Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman.

Sila baca https://berita.mediacorp.sg/mobilegih-2-000-beriani-percuma-bagi/4572884.htmlm/singapura/muhammadiyah-hezom-xpress-a

Benefiting the community together

since 1957

atau

Follow Our Socials

You can find us on these platforms too!

DAKWAH

  • Asatizah Development
  • Free religious classes and programmes
  • Promoting positive moral values
  • Inter-faith dialogues
  • Combating extremism
  • Addressing societal issues

EDUCATION

  • Muhammadiyah Kindergarten
  • KABA Weekend Madrasah
  • Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah
  • Muhammadiyah Islamic College
  • Biasiswa Muhammadiyah (Scholarship)

WELFARE

  • Assistance to low-income families
  • Assistance to underprivilleged students
  • Jenazah Management Services
  • Projek Sinar Ihsan – Fostering Agency
  • Muhammadiyah Welfare Home (MWH)
  • Muhammadiyah Health & Day Care Centre (MHCC)
  • Muhammadiyah Senior Activity Centre – SAC (Yishun)
  • Advance Care Planning (ACP)

BERITA mediacorp, 6 Aug 2020: Muhammadiyah galak rai Hari Kebangsaan sambil beri penghargaan kepada 1,000 pekerja asing

BERITA mediacorp, 6 Aug 2020: Muhammadiyah galak rai Hari Kebangsaan sambil beri penghargaan kepada 1,000 pekerja asing

SINGAPURA: Ingin meraikan Hari Kebangsaan sambil mengucapkan terima kasih kepada wira-wira yang tidak didendang di Singapura?

Inilah peluang anda untuk mengikrarkan hidangan piza dan nasi lemak dengan sumbangan serendah S$10 bagi pekerja asing sebagai penghargaan kepada mereka yang telah membantu membangunkan negara ini.

Sempena inisiatif SG55, Persatuan Muhammadiyah dengan kerjasama Canadian Pizza dan ‘By Chef Syed’, akan mengagihkan hidangan kepada lebih 1,000 pekerja asing di sini.

Dengan hanya S$10 saja, setiap pekerja asing akan dapat menikmati satu set Nasi Lemak dan satu ‘personal pan pizza’.

Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman berkata: “Kami mahu menyediakan wadah bagi rakyat Singapura menunjukkan penghargaan mereka kepada orang-orang yang menyumbang kepada negara kita, terutama sekali mereka yang lemah serta memerlukan bantuan.

“Kami berharap ini dapat mempamerkan semangat kebersamaan, rasa terima kasih dan sikap saling mengambil berat antara satu sama lain.”
Sila baca https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapura/muhammadiyah-galak-rai-hari-kebangsaan-sambil-beri-penghargaan/4488810.html

Baca artikel penuh di sini: https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapura/muhammadiyah-galak-rai-hari-kebangsaan-sambil-beri-penghargaan/4488810.html

Benefiting the community together

since 1957

atau

Follow Our Socials

You can find us on these platforms too!

DAKWAH

  • Asatizah Development
  • Free religious classes and programmes
  • Promoting positive moral values
  • Inter-faith dialogues
  • Combating extremism
  • Addressing societal issues

EDUCATION

  • Muhammadiyah Kindergarten
  • KABA Weekend Madrasah
  • Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah
  • Muhammadiyah Islamic College
  • Biasiswa Muhammadiyah (Scholarship)

WELFARE

  • Assistance to low-income families
  • Assistance to underprivilleged students
  • Jenazah Management Services
  • Projek Sinar Ihsan – Fostering Agency
  • Muhammadiyah Welfare Home (MWH)
  • Muhammadiyah Health & Day Care Centre (MHCC)
  • Muhammadiyah Senior Activity Centre – SAC (Yishun)
  • Advance Care Planning (ACP)

BERITA mediacorp, 16 Jul 2020: 2,000 penerima bantuan Muhammadiyah terima set hidangan Texas Chicken hujung minggu ini

BERITA mediacorp, 16 Jul 2020: 2,000 penerima bantuan Muhammadiyah terima set hidangan Texas Chicken hujung minggu ini

SINGAPURA: Seramai 2,000 penerima bantuan Persatuan Muhammadiyah bakal menerima set hidangan dua keping ayam Texas Chicken Singapore setiap seorang dari Jumaat (16 Jul) hingga Ahad (19 Jul).

Project kerjasama ‘Pengagihan Makan Tengah Hari Amal’ itu diadakan bagi berkongsi kegembiraan kepada mereka yang memerlukan di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Setiausaha Umum, Persatuan Muhammadiyah Cik Roszanah Abdul Salim berkata: “Kami ingin mengambil peluang ini untuk melahirkan rasa terima kasih yang mendalam kepada Texas Chicken dan semua relawan yang memberikan sokongan dan kepercayaan kepada kami.

“Ia satu penghormatan bagi kami bertindak sebagai ejen bagi rakyat Singapura, dengan membantu satu sama lain tanpa mengira kaum mahupun agama.”

Pengarah Urusan Select Group dan ahli francais Texas Chicken, Encik Vincent Tan pula berkata: “Sebilangan masyarakat kita memerlukan sokongan tambahan ketika masa-masa mencabar ini. Kami mahu menceriakan hari mereka dengan mengirim hidangan dan memberitahu mereka bahawa mereka tidak dilupakan.”

Para penerima hidangan tersebut terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah, penghuni Rumah Kebajikan Muhammadiyah dan keluarga mereka serta warga emas di Pusat Jagaan Siang Hari dan Kesihatan Muhammadiyah.
Sila baca https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapura/2-000-penerima-bantuan-muhammadiyah-terima-set-hidangan-texas/4479160.html

Baca artikel penuh di sini: https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapura/2-000-penerima-bantuan-muhammadiyah-terima-set-hidangan-texas/4479160.html

Benefiting the community together

since 1957

atau

Follow Our Socials

You can find us on these platforms too!

DAKWAH

  • Asatizah Development
  • Free religious classes and programmes
  • Promoting positive moral values
  • Inter-faith dialogues
  • Combating extremism
  • Addressing societal issues

EDUCATION

  • Muhammadiyah Kindergarten
  • KABA Weekend Madrasah
  • Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah
  • Muhammadiyah Islamic College
  • Biasiswa Muhammadiyah (Scholarship)

WELFARE

  • Assistance to low-income families
  • Assistance to underprivilleged students
  • Jenazah Management Services
  • Projek Sinar Ihsan – Fostering Agency
  • Muhammadiyah Welfare Home (MWH)
  • Muhammadiyah Health & Day Care Centre (MHCC)
  • Muhammadiyah Senior Activity Centre – SAC (Yishun)
  • Advance Care Planning (ACP)

CNA, 15 May 2020: Spreading Hari Raya cheer: Muhammadiyah Association distributes $80,000 worth of aid to 500 families

CNA, 15 May 2020: Spreading Hari Raya cheer: Muhammadiyah Association distributes $80,000 worth of aid to 500 families

Benefiting the community together

since 1957

atau

Follow Our Socials

You can find us on these platforms too!

DAKWAH

  • Asatizah Development
  • Free religious classes and programmes
  • Promoting positive moral values
  • Inter-faith dialogues
  • Combating extremism
  • Addressing societal issues

EDUCATION

  • Muhammadiyah Kindergarten
  • KABA Weekend Madrasah
  • Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah
  • Muhammadiyah Islamic College
  • Biasiswa Muhammadiyah (Scholarship)

WELFARE

  • Assistance to low-income families
  • Assistance to underprivilleged students
  • Jenazah Management Services
  • Projek Sinar Ihsan – Fostering Agency
  • Muhammadiyah Welfare Home (MWH)
  • Muhammadiyah Health & Day Care Centre (MHCC)
  • Muhammadiyah Senior Activity Centre – SAC (Yishun)
  • Advance Care Planning (ACP)

Fostering in Islam

The Fatwa Committee opines that adopting a child for families who are capable and ready to do so is a need that we cannot afford to ignore.
Islam is a religion of rahmah (compassion). In Islam, every child is born with a pure natural disposition (fitrah), as reflected in the Hadith of the Prophet pbuh which was reported by Imam Muslim: “Every child is born on natural disposition (fitrah).” As such it is important that each and every child is cared for with justice and compassion.
In fact, Prophet Muhammad himself was fostered by his paternal Uncle Abu Talib. The Prophet was also known to adopt children and one of His Companions, Zaid ibn Haritha was brought up as an adopted child within his household. It is part of the Islamic tradition of contributing to the greater good of society.

Fostering provides a safe and secure home to aid children in their recovery from trauma and to form positive relationships. It is a temporary care arrangement and the end goal is to reunite foster children with their natural families once it is assessed to be safe to do so. A child is best raised and nurtured in a family-based environment.
Hence, those who are capable to do so should step forth to volunteer in this noble initiative of providing children with the best home environment for them to grow into well-rounded adults and contributing individuals.

Source: https://www.muis.gov.sg/officeofthemufti

Interested to take up fostering?

  1. Meet Us
    Level 3 Kurnia@WGS, Wisma Geylang Serai
    1 Engku Aman Turn, Singapore 408528

Mon-Fri: 12pm to 8pm
Sat: 10am to 2pm
Closed on Sundays and Public Holidays

  1. Contact Us
    Email: [email protected]
    Whatsapp: 8408 4326
  2. Write to Us
    Fill up this form hereand we will contact you soon!

Benefiting the community together

since 1957

atau

Follow Our Socials

You can find us on these platforms too!

DAKWAH

  • Asatizah Development
  • Free religious classes and programmes
  • Promoting positive moral values
  • Inter-faith dialogues
  • Combating extremism
  • Addressing societal issues

EDUCATION

  • Muhammadiyah Kindergarten
  • KABA Weekend Madrasah
  • Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah
  • Muhammadiyah Islamic College
  • Biasiswa Muhammadiyah (Scholarship)

WELFARE

  • Assistance to low-income families
  • Assistance to underprivilleged students
  • Jenazah Management Services
  • Projek Sinar Ihsan – Fostering Agency
  • Muhammadiyah Welfare Home (MWH)
  • Muhammadiyah Health & Day Care Centre (MHCC)
  • Muhammadiyah Senior Activity Centre – SAC (Yishun)
  • Advance Care Planning (ACP)